Zakharia 4

4
Penglihatan kelima: Kaki pelita emas
1Kemudian kembalilah malaikat yang berbicara dengan aku itu lalu dibangunkannya aku, seperti seseorang yang dibangunkan dari tidurnya. 2Dia bertanya kepadaku, “Apakah yang kaulihat?”
Jawabku, “Aku melihat sebuah kaki pelita yang seluruhnya terbuat daripada emas, dengan tempat minyak di puncaknya. Padanya ada tujuh buah pelita dengan tujuh buah corong minyak di bahagian puncak setiap pelita. 3#Why 11:4.Bersebelahannya ada dua pokok zaitun, satu di sebelah kanan tempat minyak itu dan satu di sebelah kirinya.”
4Lalu aku bertanya kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu, “Apakah erti semua ini, tuanku?”
5Malaikat yang berbicara dengan aku itu menjawab, “Tidakkah engkau tahu apa erti semua ini?”
Kataku, “Tidak, tuanku.”
6Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta. 7Siapakah engkau, wahai gunung yang besar? Di hadapan Zerubabel engkau akan menjadi tanah datar. Dia akan membawa keluar batu utama di tengah-tengah pekik sorak, ‘Bagus, bagus sekali batu itu!’ ”
8Kemudian firman TUHAN datang lagi kepadaku demikian, 9“Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu.
10 # Ezr 5:2. # Why 5:6. Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka akan bersukacita ketika melihat batu ladung di tangan Zerubabel.
Ketujuh-tujuh pelita ini adalah mata TUHAN yang menjelajahi seluruh bumi.”
11 # Why 11:4. Lalu aku bertanya kepadanya, “Apakah erti dua pokok zaitun di sebelah kanan dan di sebelah kiri kaki pelita itu?”
12Untuk kali keduanya aku bertanya kepadanya, “Apakah erti dua cabang pokok zaitun yang berada di sisi kedua-dua pipa emas penyalur cairan emas itu?”
13Jawabnya kepadaku, “Tidakkah engkau tahu apa erti semua ini?”
Kataku, “Tidak, tuanku.”
14Lalu katanya, “Ini adalah kedua-dua orang yang telah diurapi lalu dilantik, yang berdiri berdekatan dengan Tuhan semesta bumi.”

Terpilih Sekarang Ini:

Zakharia 4: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk