Zakharia 3
3
Penglihatan keempat: Imam Besar Yosua
1 # Ezr 5:2. Why 12:10. Seterusnya aku lihat Imam Besar Yosua yang sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN, sementara Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk menuduhnya. 2#Yud 1:9.Firman TUHAN kepada Iblis, “TUHAN mengherdik engkau, wahai Iblis! TUHAN, yang memilih Yerusalem, mengherdik engkau! Bukankah dia ini sisa kayu yang direnggut dari dalam api?”
3Yosua mengenakan pakaian yang kotor ketika dia berdiri di hadapan malaikat itu. 4Lalu malaikat itu bersabda kepada mereka yang berdiri di hadapannya, “Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu daripadanya.”
Dia bersabda pula kepada Yosua, “Lihat, aku telah menjauhkan kesalahanmu, dan aku akan mengenakan pakaian pesta kepadamu.”
5Kemudian aku berkata, “Pakaikanlah serban yang bersih di kepalanya!” Maka mereka memakaikan serban yang bersih di kepalanya, juga mengenakan pakaian kepadanya, sementara malaikat TUHAN berdiri di situ.
6Malaikat TUHAN memperingatkan Yosua, sabdanya, 7“Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Jika engkau hidup menurut jalan-jalan-Ku dan jika engkau memegang teguh kewajipanmu terhadap Aku, maka engkau akan menjadi hakim di Bait-Ku dan akan mengurus pelataran-Ku. Aku akan mengurniakan kepadamu tempat dalam kalangan yang hadir ini. 8#Yer 23:5; 33:15; Za 6:12.Dengarlah, wahai Imam Besar Yosua, baik engkau mahupun kawan-kawanmu yang duduk di hadapanmu — kerana merekalah orang yang menjadi lambang kerana, sesungguhnya, Aku akan mendatangkan hamba-Ku, Sang Tunas. 9Lihatlah permata yang telah Kuletakkan di hadapan Yosua itu! Pada permata yang satu itu ada tujuh mata. Sesungguhnya, Aku akan membuat ukiran di atasnya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘dan Aku akan menghapuskan kesalahan negeri ini dalam satu hari sahaja. 10#Mi 4:4.Pada waktu itu,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘setiap orang daripada kamu akan mengundang kawannya duduk di bawah pokok anggur dan di bawah pokok ara.’ ”
Terpilih Sekarang Ini:
Zakharia 3: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited