Mazmur 53

53
Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu Mahalat. Renungan Daud.
1 # Rm 3:10-12. Orang bodoh berkata dalam hatinya,
“Tidak ada Allah.”
Mereka rosak akhlak, dan telah melakukan perbuatan keji;
tiada yang berbuat baik.
2Allah memandang dari syurga
kepada anak-anak manusia
untuk melihat kalau ada yang mengerti,
yang mencari Allah.
3Semuanya telah berpaling,
bersama-sama rosak akhlak;
tiada yang berbuat baik,
tidak, tiada seorang pun.
4Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu —
mereka merampas hak umat-Ku
dan tidak berseru kepada Allah?
5Sekarang mereka akan ditimpa ketakutan yang besar,
mereka yang tidak mengenal takut dahulu.
Kerana Allah telah menyerakkan tulang
orang yang hendak menyerang kamu, umat-Nya;
kamu telah menumpaskan mereka, kerana Allah benci akan mereka.
6Semoga penyelamatan Israel datang dari Sion!
Apabila Allah memulihkan keadaan umat-Nya,
bergembiralah Yakub dan bersukacitalah Israel.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 53: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk