Mazmur 52

52
Untuk pemimpin muzik. Renungan Daud ketika Do'eg, orang Edom, memberitahu Saul: “Daud telah pergi ke rumah Ahimelekh.”
1Mengapa kaubanggakan kejahatanmu, hai orang berkuasa?
Mengapa engkau sombong sepanjang hari,
hai orang yang bermegah di hadapan Allah?
2Lidahmu merancang kebinasaan;
seperti pisau cukur yang tajam,
melakukan penipuan.
3Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,
berdusta lebih daripada bercakap benar. Sela
4Engkau mencintai kata-kata yang membinasakan,
Hai lidah berdusta!
5Oleh itu, Allah akan membinasakan kamu untuk selama-lamanya:
Dia akan menyeretmu pergi, meragutmu dari rumah;
dan mencabutmu dari tanah orang yang hidup. Sela
6Orang yang benar akan melihat ini dan berasa takut;
mereka akan mencemuh dengan berkata,
7“Inilah orang yang tidak menjadikan Allah kekuatannya
tetapi percaya akan kekayaannya yang bertimbun lalu menguatkan dirinya dalam kejahatan!”
8Tetapi aku seperti pokok zaitun yang hijau di Rumah Allah;
aku percaya akan kasih setia Allah selama-lamanya.
9Aku akan memuji-Mu selama-lamanya kerana segala yang telah Kaulakukan;
aku akan percaya kepada nama-Mu yang penuh kebaikan.
Di hadapan umat-Mu yang warak, aku akan memuji-Mu.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 52: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami