Orang bodoh berkata dalam hatinya, “Tidak ada Allah.” Mereka rosak akhlak, dan telah melakukan perbuatan keji; tiada yang berbuat baik. Allah memandang dari syurga kepada anak-anak manusia untuk melihat kalau ada yang mengerti, yang mencari Allah. Semuanya telah berpaling, bersama-sama rosak akhlak; tiada yang berbuat baik, tidak, tiada seorang pun. Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu — mereka merampas hak umat-Ku dan tidak berseru kepada Allah? Sekarang mereka akan ditimpa ketakutan yang besar, mereka yang tidak mengenal takut dahulu. Kerana Allah telah menyerakkan tulang orang yang hendak menyerang kamu, umat-Nya; kamu telah menumpaskan mereka, kerana Allah benci akan mereka. Semoga penyelamatan Israel datang dari Sion! Apabila Allah memulihkan keadaan umat-Nya, bergembiralah Yakub dan bersukacitalah Israel.
Baca Mazmur 53
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 53:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video