Mazmur 51:1-17

Mazmur 51:1-17 AVB

Kasihanilah aku, ya Allah, demi kasih setia-Mu yang kekal; demi belas kasih-Mu yang melimpah hapuskanlah dosaku. Bersihkan aku daripada kejahatanku, sucikan aku daripada dosaku. Kerana aku mengakui kesalahanku, dan sentiasa sedar akan dosaku. Kepada-Mu, hanya kepada-Mu, aku berdosa dan melakukan kejahatan di pandangan-Mu, maka Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu, dan penghakiman-Mu tidak bercela. Aku telah dilahirkan dalam kejahatan, dan dalam dosa ibuku mengandungkan aku. Engkau menghendaki kebenaran dalam diri; dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan. Bersihkan aku dengan hisop, supaya aku suci; basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji. Perdengarkan kegembiraan dan keriaan kepadaku; supaya tulang-tulangku yang Kaupatahkan dapat bersukacita. Sembunyikan wajah-Mu daripada dosaku dan hapuskan segala kejahatanku. Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. Jangan singkirkan aku dari hadirat-Mu dan jangan ambil Roh Kudus-Mu daripadaku. Bahagiakan aku semula dengan penyelamatan-Mu dan kuatkan aku dengan Roh-Mu yang pemurah. Maka aku akan mengajar orang yang ingkar tentang jalan-Mu, dan orang berdosa akan kembali taat kepada-Mu. Selamatkan aku daripada kesalahan menumpahkan darah, ya Allah, Allah Penyelamatku, maka suaraku akan lantang menyanyikan perbenaran-Mu. Ya Tuhan, bukakan mulutku, aku akan mengisytiharkan puji-pujian bagi-Mu. Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan; Engkau tidak berkenan akan korban bakaran. Korban untuk Allah ialah hati yang hancur; hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.

Imej Ayat untuk Mazmur 51:1-17

Mazmur 51:1-17 - Kasihanilah aku, ya Allah,
demi kasih setia-Mu yang kekal;
demi belas kasih-Mu yang melimpah hapuskanlah dosaku.
Bersihkan aku daripada kejahatanku,
sucikan aku daripada dosaku.
Kerana aku mengakui kesalahanku,
dan sentiasa sedar akan dosaku.
Kepada-Mu, hanya kepada-Mu, aku berdosa
dan melakukan kejahatan di pandangan-Mu,
maka Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu,
dan penghakiman-Mu tidak bercela.
Aku telah dilahirkan dalam kejahatan,
dan dalam dosa ibuku mengandungkan aku.
Engkau menghendaki kebenaran dalam diri;
dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan.
Bersihkan aku dengan hisop, supaya aku suci;
basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.
Perdengarkan kegembiraan dan keriaan kepadaku;
supaya tulang-tulangku yang Kaupatahkan dapat bersukacita.
Sembunyikan wajah-Mu daripada dosaku
dan hapuskan segala kejahatanku.
Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, ya Allah,
dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku.
Jangan singkirkan aku dari hadirat-Mu
dan jangan ambil Roh Kudus-Mu daripadaku.
Bahagiakan aku semula dengan penyelamatan-Mu
dan kuatkan aku dengan Roh-Mu yang pemurah.
Maka aku akan mengajar orang yang ingkar tentang jalan-Mu,
dan orang berdosa akan kembali taat kepada-Mu.
Selamatkan aku daripada kesalahan menumpahkan darah, ya Allah,
Allah Penyelamatku,
maka suaraku akan lantang menyanyikan perbenaran-Mu.
Ya Tuhan, bukakan mulutku,
aku akan mengisytiharkan puji-pujian bagi-Mu.
Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan;
Engkau tidak berkenan akan korban bakaran.
Korban untuk Allah ialah hati yang hancur;
hati yang hancur dan sesal,
Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.Mazmur 51:1-17 - Kasihanilah aku, ya Allah,

Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Mazmur 51:1-17