Mazmur 40:1-17

Mazmur 40:1-17 AVB

Aku menantikan TUHAN dengan sabar; lalu Dia berpaling kepadaku dan mendengar rayuanku. Dia mengeluarkanku daripada lubang yang dahsyat, daripada tanah liat berpaya; dan meletakkan aku berpijak di atas bukit batuan serta menetapkan langkahku. Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku, puji-pujian kepada Allah kita. Ramai yang akan melihat dan berasa takut lalu percaya kepada TUHAN. Diberkatilah orang yang menjadikan TUHAN kepercayaannya, dan tidak gentar terhadap orang angkuh serta pendusta. Sungguh banyak, ya TUHAN, Ya Allahku, perbuatan menakjubkan yang telah Kaulakukan. Dan ingatan-Mu kepada kami tidak dapat disebutkan satu persatu; kalaulah aku cuba mengisytiharkannya, banyaknya tidak terkira. Korban dan persembahan tidak Kauingini, tetapi Engkau telah membukakan telingaku; persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai. Kemudian aku berkata, “Lihatlah, aku telah datang — dalam naskhah kitab ada tersurat tentangku. Aku sukacita menjalankan kehendak-Mu, ya Allahku; dan hukum-Mu tertera dalam hatiku.” Aku telah mengisytiharkan berita baik tentang perbenaran di perhimpunan besar; sesungguhnya aku tidak mengekang mulutku, Ya TUHAN, Engkau sendiri mengetahui. Aku tidak menyembunyikan perbenaran-Mu dalam hatiku; aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu. Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar. Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, ya TUHAN; peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu. Kerana terlalu banyak kejahatan mengelilingiku; dosaku telah dapat memburuku, tidak terdaya aku mengangkat mata. Bilangannya melebihi rambut di kepalaku, maka hatiku tidak bermaya menghadapinya. Ya TUHAN, berkenanlah untuk menyelamatkanku; Ya TUHAN, segeralah tolong aku. Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku; biar mereka berundur dan menanggung aib mereka yang hendak memusnahkan aku. Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!” Biar semua yang mencari-Mu bergembira dan bersukacita kerana-Mu; dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa, “TUHAN Maha Tinggi!” Aku miskin dan sesak; tetapi Tuhan ingat kepadaku. Engkaulah penolong dan penyelamatku; janganlah berlengah-lengah, ya Allahku.

Verse Image for Mazmur 40:1-17

Mazmur 40:1-17 - Aku menantikan TUHAN dengan sabar;
lalu Dia berpaling kepadaku dan mendengar rayuanku.
Dia mengeluarkanku daripada lubang yang dahsyat,
daripada tanah liat berpaya;
dan meletakkan aku berpijak di atas bukit batuan serta menetapkan langkahku.
Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku,
puji-pujian kepada Allah kita.
Ramai yang akan melihat dan berasa takut
lalu percaya kepada TUHAN.
Diberkatilah orang yang menjadikan TUHAN kepercayaannya,
dan tidak gentar terhadap orang angkuh serta pendusta.
Sungguh banyak, ya TUHAN, Ya Allahku,
perbuatan menakjubkan yang telah Kaulakukan.
Dan ingatan-Mu kepada kami tidak dapat disebutkan satu persatu;
kalaulah aku cuba mengisytiharkannya, banyaknya tidak terkira.
Korban dan persembahan tidak Kauingini,
tetapi Engkau telah membukakan telingaku;
persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai.
Kemudian aku berkata, “Lihatlah, aku telah datang —
dalam naskhah kitab ada tersurat tentangku.
Aku sukacita menjalankan kehendak-Mu, ya Allahku;
dan hukum-Mu tertera dalam hatiku.”
Aku telah mengisytiharkan berita baik tentang perbenaran di perhimpunan besar;
sesungguhnya aku tidak mengekang mulutku,
Ya TUHAN, Engkau sendiri mengetahui.
Aku tidak menyembunyikan perbenaran-Mu dalam hatiku;
aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu.
Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar.
Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, ya TUHAN;
peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu.
Kerana terlalu banyak kejahatan mengelilingiku;
dosaku telah dapat memburuku,
tidak terdaya aku mengangkat mata.
Bilangannya melebihi rambut di kepalaku,
maka hatiku tidak bermaya menghadapinya.
Ya TUHAN, berkenanlah untuk menyelamatkanku;
Ya TUHAN, segeralah tolong aku.
Biar mereka dimalukan dan dikelirukan,
mereka yang ingin meragut nyawaku;
biar mereka berundur dan menanggung aib
mereka yang hendak memusnahkan aku.
Biar mereka berundur kerana malu,
mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!”
Biar semua yang mencari-Mu
bergembira dan bersukacita kerana-Mu;
dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa,
“TUHAN Maha Tinggi!”
Aku miskin dan sesak;
tetapi Tuhan ingat kepadaku.
Engkaulah penolong dan penyelamatku;
janganlah berlengah-lengah, ya Allahku.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Mazmur 40:1-17