Ya Allahku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar, dan semalaman aku tidak berhenti merayu. Tetapi Engkau suci; bertakhta di atas puji-pujian umat Israel. Nenek moyang kami percaya kepada-Mu; mereka percaya dan Engkau menyelamatkan mereka. Mereka merayu kepada-Mu, lalu mereka diselamatkan; mereka percaya kepada-Mu, dan tidak kecewa. Tetapi aku makhluk melata, bukan manusia, dikeji dan dihina orang. Semua yang melihatku mentertawakanku; mereka mencaciku, menggeleng kepala, sambil berkata: “Dia percaya kepada TUHAN; biar TUHAN selamatkan dia. Biar TUHAN lepaskan dia, kerana TUHAN berkenan kepadanya.”
Baca Mazmur 22
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 22:2-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video