Mazmur 123

123
Nyanyian ziarah.
1Kepada-Mu kuangkat mataku,
wahai Engkau yang berada di langit.
2Lihatlah, sebagaimana mata seorang hamba hanya memandang ke tangan tuannya,
sebagaimana mata jariah memandang ke tangan cik puannya,
demikianlah mata kami memandang kepada TUHAN Allah kami,
sehingga Dia berbelas kasihan kepada kami.
3Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami,
kerana kami sangat tertekan oleh penghinaan.
4Jiwa kami sebak kerana dicemuh oleh orang yang bongkak,
dan dihina oleh orang yang sombong.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 123: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk