Mazmur 122
122
Nyanyian ziarah Daud.
1Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku,
“Marilah kita masuk ke rumah TUHAN.”
2Kaki kami telah berjejak dalam kawasanmu, wahai Yerusalem.
3Yerusalem telah dibina sebagai kota yang padu padat dan mampat.
4Di sana suku-suku pergi,
suku-suku umat TUHAN,
untuk mengucap syukur kepada nama TUHAN
selaras dengan peraturan bagi Israel.
5Takhta-takhta ditempatkan di situ untuk penghakiman,
takhta-takhta keluarga Daud.
6Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem:
“Semoga makmur mereka yang mengasihimu.
7Semoga kesejahteraan meliputi kawasanmu
dan kemakmuran memenuhi istana-istanamu.”
8Untuk saudara-saudara dan teman-temanku,
aku akan berkata sekarang, “Semoga sejahtera di dalammu.”
9Kerana Rumah Allah TUHAN kita,
aku akan berusaha untuk kebaikanmu.
Terpilih Sekarang Ini:
Mazmur 122: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited