Jawapan yang lemah lembut meredakan murka, tetapi perkataan yang tajam membangkitkan amarah. Lidah orang arif menjadikan pengetahuan menarik, tetapi mulut orang bodoh meluahkan kebodohan. TUHAN melihat segala-segalanya di mana-mana sahaja, memperhatikan yang jahat dan yang baik. Lidah yang menenangkan ialah pokok hayat, tetapi lidah yang memutarbelitkan mematahkan semangat. Orang bodoh menolak didikan ayahnya, tetapi orang yang mengendahkan teguran memang bijaksana. Ada banyak harta benda di dalam rumah orang benar, tetapi penghasilan orang durjana membawa kesusahan. Bibir orang bijaksana menyebarkan pengetahuan, tetapi hati orang bodoh tidak demikian. Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang yang tulus memang keredaan-Nya. Jalan orang durjana adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi Dia mengasihi orang yang mengejar perbenaran.
Baca Amsal 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 15:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video