Amsal 13

13
Bergaul dengan orang bijaksana
1Anak yang arif memperhatikan didikan ayahnya,
tetapi pencemuh tidak mahu mendengar teguran.
2Daripada buah perkataannya seseorang menikmati kebaikan,
tetapi orang yang khianat menginginkan kekerasan.
3 # Sir 28:25,26. Orang yang menjaga mulutnya memelihara nyawanya,
tetapi orang yang banyak mulut akan mengalami kehancuran.
4Hati si pemalas penuh keinginan tetapi tidak mendapat apa-apa,
tetapi hati orang rajin mendapat kepuasan berlimpah ruah.
5Orang benar membenci perkara dusta,
tetapi orang durjana mungkar dan tercela tindakannya.
6Perbenaran#13:6 Perbenaran: Merujuk kepada kebaikan, kejujuran dan keadilan. mengawal orang yang hidup tidak bercela,
tetapi kejahatan menghancurkan orang yang berdosa.
7Ada orang yang berpura-pura kaya tetapi tidak punya apa-apa,
ada pula yang berpura-pura miskin tetapi banyak hartanya.
8Kekayaan adalah tebusan nyawa seseorang,
tetapi orang miskin tidak akan mendengar ancaman.
9Cahaya orang benar terang-benderang,
tetapi pelita orang durjana akan padam.
10Keangkuhan hanya mendatangkan pertengkaran,
tetapi hikmah ada pada orang yang menerima nasihat.
11Harta hasil penipuan akan susut dengan cepat,
tetapi orang yang mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipatgandakannya.
12Harapan yang tertunda menyedihkan hati,
tetapi keinginan yang termakbul ialah pokok hayat.
13Sesiapa yang menghina firman akan membinasakan dirinya sendiri,
tetapi orang yang mentaati perintah akan mendapat pahala.
14Ajaran orang bijaksana ialah mata air kehidupan
yang membolehkan orang menghindari jerat-jerat maut.
15Pengertian yang baik mendatangkan kurnia,
tetapi jalan pengkhianat sarat dengan penderitaan.
16Setiap orang yang bijaksana bertindak dengan pengetahuannya,
tetapi orang yang bodoh memperagakan kebodohannya.
17Pesuruh yang durjana jatuh ke dalam kesusahan,
tetapi duta yang setia membawa penyembuhan.
18Kemiskinan dan aib akan menimpa dia yang melalaikan didikan,
tetapi penghormatan menanti orang yang mengendahkan teguran.
19Keinginan yang termakbul begitu menyenangkan hati,
tetapi bagi orang bodoh menjauhkan diri daripada kejahatan sesuatu kekejian.
20 # Sir 6:33,34. Orang yang bergaul dengan orang arif akan menjadi arif,
tetapi orang yang berkawan dengan orang bodoh akan menderita.
21Malapetaka mengejar orang berdosa,
tetapi kemakmuran adalah ganjaran orang benar.
22Orang baik meninggalkan warisan bagi anak cucunya,
tetapi kekayaan orang berdosa tersimpan bagi orang benar.
23Ladang orang miskin menghasilkan banyak makanan,
tetapi ladang itu lenyap kerana ketidakadilan.
24Orang yang enggan menggunakan rotan membenci anaknya,
tetapi orang yang mengasihi anaknya sanggup mengajarnya.
25Orang benar ada kecukupan untuk memenuhi seleranya,
tetapi perut orang yang durjana selalu merasa kekurangan.

Terpilih Sekarang Ini:

Amsal 13: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk