1
Amsal 13:20
Alkitab Versi Borneo
Orang yang bergaul dengan orang arif akan menjadi arif, tetapi orang yang berkawan dengan orang bodoh akan menderita.
Bandingkan
Selidiki Amsal 13:20
2
Amsal 13:3
Orang yang menjaga mulutnya memelihara nyawanya, tetapi orang yang banyak mulut akan mengalami kehancuran.
Selidiki Amsal 13:3
3
Amsal 13:24
Orang yang enggan menggunakan rotan membenci anaknya, tetapi orang yang mengasihi anaknya sanggup mengajarnya.
Selidiki Amsal 13:24
4
Amsal 13:12
Harapan yang tertunda menyedihkan hati, tetapi keinginan yang termakbul ialah pokok hayat.
Selidiki Amsal 13:12
5
Amsal 13:6
Perbenaran mengawal orang yang hidup tidak bercela, tetapi kejahatan menghancurkan orang yang berdosa.
Selidiki Amsal 13:6
6
Amsal 13:11
Harta hasil penipuan akan susut dengan cepat, tetapi orang yang mengumpulkan sedikit demi sedikit akan melipatgandakannya.
Selidiki Amsal 13:11
7
Amsal 13:10
Keangkuhan hanya mendatangkan pertengkaran, tetapi hikmah ada pada orang yang menerima nasihat.
Selidiki Amsal 13:10
8
Amsal 13:22
Orang baik meninggalkan warisan bagi anak cucunya, tetapi kekayaan orang berdosa tersimpan bagi orang benar.
Selidiki Amsal 13:22
9
Amsal 13:1
Anak yang arif memperhatikan didikan ayahnya, tetapi pencemuh tidak mahu mendengar teguran.
Selidiki Amsal 13:1
10
Amsal 13:18
Kemiskinan dan aib akan menimpa dia yang melalaikan didikan, tetapi penghormatan menanti orang yang mengendahkan teguran.
Selidiki Amsal 13:18
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video