Markus 8

8
Yesus memberi makan kepada empat ribu orang
1Pada suatu hari, ketika orang tersangat ramai berhimpun dan kehabisan makanan, Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata, 2“Aku berbelas kasihan kepada orang ramai ini, sudah tiga hari mereka bersama-Ku, dan sekarang mereka kehabisan makanan. 3Kalau Kusuruh mereka pulang dengan perut kosong, mereka akan pengsan di tengah jalan kerana ada yang datang dari jauh.”
4Para murid Yesus menjawab, “Di tempat terpencil ini, di mana hendak dicari roti yang cukup untuk semua orang ini?”
5Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyakkah roti yang ada padamu?”
“Tujuh buku,” jawab mereka.
6Yesus menyuruh orang ramai itu duduk di atas tanah. Dia mengambil tujuh buku roti itu dan mengucap syukur. Setelah itu, Dia memecah-mecahkannya dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk dihidangkan. Mereka pun memberikannya kepada orang ramai. 7Mereka juga ada beberapa ekor ikan kecil. Setelah mengucap syukur atasnya, Yesus menyuruh supaya ikan itu dibahagi-bahagikan juga. 8Mereka pun makan sehingga kenyang. Sisa lebihan makanan yang dikumpulkan sebanyak tujuh bakul penuh. 9Bilangan mereka itu kira-kira empat ribu orang. Yesus pun menyuruh mereka pulang. 10Selepas itu, Yesus terus menaiki perahu bersama murid-murid-Nya pergi ke daerah Dalmanuta.
11 # Mat 12:38; Luk 11:16. Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan mula bersoal jawab dengan-Nya. Untuk menduga-Nya, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga. 12#Mat 12:39; Luk 11:29.Yesus mengeluh lalu menjawab, “Mengapakah orang zaman ini mencari suatu tanda ajaib? Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepada orang zaman ini.”
13Yesus meninggalkan mereka dan kembali ke perahu lalu ke seberang.
Ragi orang Farisi dan ragi Herodes
14Para murid Yesus terlupa membawa roti yang mencukupi. Di dalam perahu itu cuma ada sebuku roti. 15#Luk 12:1.Yesus mengingatkan mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes.”
16Kemudian mereka membincangkannya satu sama lain dan berkata, “Dia berkata begitu kerana kita tidak membawa roti.”
17Yesus mengetahui apa yang dibincangkan mereka lalu Dia bertanya, “Mengapa kamu memperbincangkan hal tidak membawa roti? Tidakkah kamu tahu dan faham lagi? Begitu tumpulkah hatimu? 18#Yer 5:21; Yeh 12:2; Mrk 4:12.Kamu ada mata, tidakkah kamu melihat? Kamu ada telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat 19bagaimana Aku memecah-mecahkan lima buku roti untuk lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?”
“Dua belas,” jawab mereka.
20“Dan apabila Aku memecah-mecahkan tujuh buku roti untuk empat ribu orang, berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?”
“Tujuh,” jawab mereka.
21Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Kamu masih belum faham lagi?”
Yesus menyembuhkan seorang buta
22Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Betsaida. Beberapa orang membawa seorang buta kepada Yesus dan memohon agar Dia menyentuhnya. 23Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya ke luar dari pekan itu. Yesus meludahi mata orang buta itu. Kemudian Dia meletakkan tangan-Nya pada orang itu lalu bertanya, “Adakah kamu melihat apa-apa?”
24Orang itu memandang ke hadapan lalu berkata, “Aku nampak orang, rupa mereka seperti pokok berjalan.”
25Sekali lagi Yesus meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu. Setelah orang itu berusaha untuk melihat, kali ini penglihatannya cukup terang dan matanya telah sembuh. 26Yesus pun menyuruhnya pulang sambil berkata, “Jangan masuk lagi ke pekan itu.”
Pengakuan Petrus
27Setelah itu, Yesus dan murid-murid-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang, Aku ini siapa?”
28 # Mrk 6:14,15; Luk 9:7,8. Mereka menjawab, “Ada yang berkata, Yohanes Pembaptis; yang lain berkata, Elia; ada pula yang berkata, seorang daripada nabi.”
29 # Yoh 6:68,69. “Tetapi menurut kamu, Aku ini siapa?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus.”
30Dengan tegasnya Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun tentang diri-Nya.
Yesus memberitahu tentang kematian-Nya
31Kemudian Yesus mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan bangkit semula. 32Yesus mengatakan perkara ini dengan terus terang. Oleh itu, Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia. 33Yesus berpaling memandang murid-murid-Nya lalu menegur Petrus, “Pergilah dari sini, Iblis! Kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia.”
34 # Mat 10:38; Luk 14:27. Setelah itu, Yesus memanggil murid-murid-Nya dan orang ramai di situ lalu berkata kepada mereka, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya,#8:34 ‘Menyangkal dirinya’ juga diterjemahkan sebagai, ‘melupakan kepentingan dirinya.’ memikul salib dan mengikut-Ku. 35#Mat 10:39; Luk 17:33; Yoh 12:25.Sesiapa yang mempertahankan hidupnya, akan kehilangan hidupnya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku dan untuk Injil, akan menyelamatkan hidupnya itu. 36Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? 37Dapatkah hidup itu ditukar dengan apa pun? 38Jika seseorang malu mengakui Aku dan perkataan-Ku dalam kalangan angkatan yang cabul dan berdosa ini, Anak Manusia juga akan malu mengakuinya ketika Dia datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi para malaikat suci.”

Terpilih Sekarang Ini:

Markus 8: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk