Kemudian Yesus mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan bangkit semula. Yesus mengatakan perkara ini dengan terus terang. Oleh itu, Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia. Yesus berpaling memandang murid-murid-Nya lalu menegur Petrus, “Pergilah dari sini, Iblis! Kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia.” Setelah itu, Yesus memanggil murid-murid-Nya dan orang ramai di situ lalu berkata kepada mereka, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya, akan kehilangan hidupnya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku dan untuk Injil, akan menyelamatkan hidupnya itu. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Dapatkah hidup itu ditukar dengan apa pun? Jika seseorang malu mengakui Aku dan perkataan-Ku dalam kalangan angkatan yang cabul dan berdosa ini, Anak Manusia juga akan malu mengakuinya ketika Dia datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi para malaikat suci.”
Baca Markus 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 8:31-38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video