Matius 24

24
Tanda-tanda akhir zaman
1Apabila Yesus melangkah keluar dari Bait Suci, murid-murid-Nya datang mendapatkan-Nya lalu menunjukkan bangunan-bangunan Bait Suci itu. 2Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seketul pun batunya akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan.”
3Ketika Yesus duduk di atas Bukit Zaitun, murid-murid-Nya datang mendapatkan-Nya. Pada masa itu tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, “Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?”
4Yesus menjawab mereka, “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! 5Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah Kristus!’ Mereka akan membuat ramai orang terperdaya. 6Kamu akan mendengar tentang peperangan dan desas-desus peperangan, tetapi janganlah kamu gentar; kerana hal-hal begitu harus terjadi, tetapi belum sampai waktunya akhir zaman. 7Bangsa akan bangkit bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan. Kebuluran dan gempa bumi akan berlaku di merata-rata. 8Segala ini cuma permulaan kesakitan sebelum bersalin.
9 # Mat 10:22. Setelah itu, kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku. 10Pada masa itu ramai tidak akan lagi beriman kepada-Ku dan mereka akan saling mengkhianati dan membenci. 11Ramai nabi palsu akan tampil memperdaya orang ramai. 12Kejahatan semakin merebak sehingga kasih sayang hampir luput dari hati manusia. 13#Mat 10:22.Namun demikian, sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan. 14Injil tentang kerajaan Allah akan disebarkan ke seluruh pelosok bumi sebagai suatu kesaksian kepada semua bangsa. Selepas itu, barulah tiba akhir zaman.”
Seksaan yang besar
15 # Dan 9:27; 11:31; 12:11; 1Mak 1:54; 6:7. “Oleh itu, apabila kamu melihat ‘kekejian yang membawa kebinasaan’ yang disebut oleh nabi Daniel di tempat suci (biarlah para pembaca memperhatikan ertinya), 16ketika itu orang yang di Yudea mesti lari ke pergunungan. 17#Luk 17:31.Orang yang di atas bumbung ketika itu janganlah masuk ke rumah mengambil apa-apa. 18Orang yang di ladang usahlah pulang mengambil jubah. 19Malanglah ibu yang mengandung dan menyusui anak. 20Berdoalah semoga kamu tidak terpaksa melarikan diri pada musim dingin atau hari Sabat. 21#Dan 12:1; Why 7:14.Ketika itu akan berlaku kesengsaraan yang belum pernah berlaku sejak dunia dicipta sampai sekarang, dan yang tidak akan pernah berlaku lagi. 22Kalaulah masa itu tidak disingkatkan, tiada seorang pun akan selamat. Namun demikian, demi umat pilihan-Nya, masa itu disingkatkan. 23Pada waktu itu, jika orang berkata kepadamu, ‘Lihat, Kristus ada di sini!’ atau ‘Dia ada di sana!’ janganlah percaya. 24Kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan. 25Dengarlah! Aku telah memberitahumu semua ini sebelum terjadi.
26 # Luk 17:23,24. Jika orang berkata kepadamu, ‘Lihat! Dia ada di gurun!’ janganlah kamu ke sana. Dan jika mereka berkata, ‘Dia ada di dalam bilik!’ usahlah kamu percaya. 27Sesungguhnya, Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur hingga ke barat. 28#Luk 17:37.Di mana ada bangkai, di situlah berkerumunnya burung nasar.”
Kedatangan yang mulia
29 # Yes 13:10; Yl 2:10,31; 3:15; Why 6:12. Yes 13:10; Yeh 32:7; Yl 2:10; 3:15. Yes 34:4; Why 6:13. “Tidak lama selepas kesengsaraan masa itu,
‘matahari akan dikelamkan
dan bulan tidak akan bersinar lagi;
Bintang-bintang di langit akan gugur,
dan kuasa-kuasa di langit akan digoncang.’
30 # Dan 7:13; Za 12:10-14; Why 1:7. Tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Semua suku bangsa di bumi akan menangis melihat Anak Manusia dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. 31Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya, dan Anak Manusia akan menghantar malaikat-malaikat-Nya dan menghimpunkan umat pilihan-Nya dari empat mata angin, dari satu hujung langit ke hujung yang lain.”
32“Ambillah iktibar daripada ibarat tentang pokok ara. Apabila dahan-dahannya sudah melembut dan mula bertunas, kamu tahu musim panas hampir tiba. 33Demikianlah apabila kamu melihat perkara-perkara ini, ketahuilah kamu bahawa waktunya hampir tiba, sudah di ambang pintu. 34Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. 35Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.”
Nasihat supaya berjaga-jaga
36“Tetapi tentang hari dan waktunya, tiada siapa yang tahu hari atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. 37#Kej 6:5-8.Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. 38Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. 39#Kej 7:6-24.Mereka tidak sedar apa yang berlaku hingga banjir memusnahkan mereka. Demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. 40Pada masa itu, ada dua orang yang sedang bekerja di ladang, seorang dibawa dan seorang ditinggalkan. 41Antara dua orang wanita yang sedang menggiling gandum, seorang akan dibawa manakala yang seorang lagi ditinggalkan.
42Berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhanmu datang. 43#Luk 12:39,40.Ingatlah: Sekiranya tuan rumah mengetahui bila masanya pencuri akan datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk. 44Kamu juga hendaklah sentiasa bersedia. Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”
45“Siapakah hamba yang setia dan bijaksana? Dialah yang diamanahkan oleh tuannya menjadi pengurus rumahnya dan memberikan makan kepada hamba-hamba yang lain pada waktunya. 46Diberkatilah hamba itu jika dia didapati menjalankan tugas pada waktu tuannya kembali. 47Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akan mengamanahkan segala harta bendanya kepada hamba itu. 48Tetapi jika hamba itu zalim, dia akan berkata dalam hatinya, ‘Tuan akan pulang lambat,’ 49lalu dia pun memukul hamba-hamba yang lain, dan makan minum dengan pemabuk. 50Kemudian tuan hamba itu akan kembali pada hari yang tidak disangkanya, dan pada waktu yang tidak diketahuinya. 51Dia akan membunuh hamba itu dan membuangnya ke tempat orang munafik. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”

Terpilih Sekarang Ini:

Matius 24: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk