Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. Mereka tidak sedar apa yang berlaku hingga banjir memusnahkan mereka. Demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia.