“Tetapi tentang hari dan waktunya, tiada siapa yang tahu hari atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. Mereka tidak sedar apa yang berlaku hingga banjir memusnahkan mereka. Demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. Pada masa itu, ada dua orang yang sedang bekerja di ladang, seorang dibawa dan seorang ditinggalkan. Antara dua orang wanita yang sedang menggiling gandum, seorang akan dibawa manakala yang seorang lagi ditinggalkan. Berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhanmu datang. Ingatlah: Sekiranya tuan rumah mengetahui bila masanya pencuri akan datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk. Kamu juga hendaklah sentiasa bersedia. Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”
Baca Matius 24
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 24:36-44
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video