Ayub 9

9
Ayub: Tiada seorang pun dapat bertahan di hadapan Allah
1 # Ayb 4:17. Lalu Ayub menjawab,
2“Sesungguhnya, aku tahu sedemikian halnya.
Tetapi bagaimana mungkin seorang manusia benar di hadapan Allah?
3Jika dia ingin bertikai dengan-Nya,
maka tidak ada satu pun daripada seribu pertanyaan dapat dijawabnya.
4Allah itu bijak hati-Nya dan besar kuasa-Nya.
Siapa dapat berkeras mengingkari-Nya dan tetap selamat?
5Dialah yang memindahkan gunung-gunung tanpa diketahui orang,
yang menterbalikkan semua itu dalam murka-Nya.
6Dia yang menggerakkan bumi dari tempatnya
sehingga tiang-tiangnya bergoncang.
7 # Bar 3:34,35. Dia yang memberikan perintah kepada matahari sehingga tidak terbit,
dan yang memateraikan bintang-bintang.
8Dia sendiri yang membentangkan langit,
dan menginjak gelombang-gelombang laut.
9 # Ayb 38:31; Am 5:8. Dia yang menjadikan bintang Biduk, bintang Belantik,
bintang Kartika, dan gugusan bintang selatan.
10Dia melakukan hal-hal besar yang tidak dapat diduga,
dan hal-hal ajaib yang tidak terhitung.
11Jika Dia lalu di sisiku, aku tidak melihat-Nya.
Jika Dia melintas, aku tidak menyedari kehadiran-Nya.
12Jika Dia menyambar, siapa dapat menahan-Nya?
Siapa mampu berkata kepada-Nya, ‘Apakah yang Engkau lakukan?’
13Allah tidak akan menahan murka-Nya,
para pembantu Rahab tunduk di bawah kuasa-Nya.
14Bagaimana pula aku dapat menjawab Dia,
atau memilih kata-kataku di hadapan-Nya?
15Walaupun aku tidak bersalah, aku tidak dapat menjawab Dia,
malah aku harus memohon belas ihsan daripada Hakimku.
16Jika aku berseru dan Dia menjawabku,
aku tidak yakin sama ada Dia mahu mendengar suaraku,
17kerana Dia meremukkan aku dengan angin badai
dan memperbanyak lukaku tanpa sebab.
18Dia tidak membiarkan aku bernafas semula,
melainkan memenuhi aku dengan kepahitan.
19Kalau sentuh tentang kekuatan,
Dialah yang kuat.
Kalau sentuh tentang keadilan,
Dia akan berkata, ‘Siapa yang akan menggugat Aku?’
20Meskipun aku benar, mulutku sendiri
akan menyatakan aku bersalah.
Meskipun aku tidak bercela, Dia akan menyatakan aku bengkok.
21Aku ini tidak bercela, tetapi tidak kupedulikan diriku.
Hidupku kupandang hina.
22Semuanya sama sahaja, kerana itu aku berkata:
Dia memusnahkan orang yang tidak bercela dan juga orang fasiq.
23Jika bencana membunuh dengan tiba-tiba,
Dia mempersenda-sendakan keputusasaan orang yang tidak bersalah.
24Bumi telah diserahkan ke dalam tangan orang fasiq.
Dia menyelubungi muka para hakim di bumi;
kalau bukan Dia, lalu siapa lagi?
25Kini hari-hariku lebih cepat daripada seorang pelari,
menghilang tanpa melihat kebaikan;
26meluncur seperti perahu daripada papirus,
seperti rajawali menyambar mangsa.
27Jika aku berfikir, ‘Aku akan melupakan keluhanku,
aku akan membuang muka murung dan tersenyum,’
28maka takutlah aku kepada segala kesusahanku.
Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menganggap aku tidak bersalah.
29Aku dinyatakan bersalah,
apa gunanya aku berjerih lelah dengan sia-sia?
30Jika aku membasuh diriku dengan salji
dan membersihkan telapak tanganku dengan sabun,
31namun Engkau akan membenamkan aku ke dalam lubang
sehingga pakaianku sendiri menjijikkan aku.
32Dia bukan manusia seperti aku
sehingga aku dapat menjawab-Nya,
lalu kami pergi ke pengadilan bersama-sama.
33Tidak ada pengantara#9:33 Atau: Wasit. antara kami
yang boleh meletakkan tangannya pada kami berdua.
34Biarlah Dia menyingkirkan tongkat-Nya daripadaku,
janganlah rasa gentar terhadap-Nya membuat aku takut,
35maka aku akan berbicara tanpa rasa takut kepada-Nya.
Tetapi keadaanku tidaklah sedemikian.”

Terpilih Sekarang Ini:

Ayub 9: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk