Ayub 8
8
Bildad membela keadilan hukuman Allah
1Maka Bildad, orang Suah, menjawab,
2“Berapa lama lagi engkau akan bercakap demikian?
Kata-kata mulutmu seperti angin ribut.
3Mungkinkah Allah memesongkan keadilan?
Mungkinkah Yang Maha Kuasa memesongkan kebenaran?
4Jika anak-anakmu telah berdosa terhadap-Nya,
maka Dia telah menyerahkan mereka ke dalam kuasa pelanggaran mereka.
5Jika engkau mencari Allah dengan tekun
dan memohon belas kasihan daripada Yang Maha Kuasa,
6jika engkau suci dan jujur,
pastilah Dia akan bertindak bagimu
dan memulihkan kediaman yang menjadi hakmu.
7Walaupun pada awalnya engkau hina,
pada akhirnya engkau akan menjadi sangat mulia.
8 # Sir 8:9. Tanyalah angkatan yang terdahulu
dan perhatikanlah apa yang dikaji oleh nenek moyang mereka,
9kerana kita ini baru lahir semalam dan tidak tahu apa-apa,
hari-hari kita di bumi seperti bayang-bayang sahaja.
10Bukankah mereka yang harus mengajar engkau, bercakap kepadamu,
dan mengutarakan kata-kata daripada hati mereka?
11Dapatkah papirus tumbuh kalau bukan di rawa-rawa?
Dapatkah mensiang tumbuh besar tanpa air?
12Selagi hijau dan belum dipotong,
sudah layu lebih cepat daripada tumbuhan lain.
13Demikianlah jalan hidup semua orang yang melupakan Allah.
Harapan orang munafik putus,
14keyakinannya dipatahkan,
pegangannya seperti sarang labah-labah.
15Dia bersandar pada rumahnya, tetapi rumahnya itu tidak tetap tegak.
Dia berpaut erat padanya, tetapi rumah itu tidak bertahan.
16Dia tumbuh segar di hadapan matahari,
pucuk-pucuknya menjulur di tamannya.
17Akar-akarnya membelit timbunan batu,
mencari tempat di antara batu.
18Jika dia disingkirkan daripada tempatnya,
maka tempatnya itu akan menyangkal dia, katanya, ‘Aku belum pernah melihat kamu.’
19Demikianlah kegirangan hidupnya,
dan tumbuh-tumbuhan lain akan bertunas dari tanah.
20Ketahuilah, Allah tidak menolak orang yang tidak bercela
dan tidak menolong orang yang berbuat jahat.
21Dia masih akan memenuhi mulutmu dengan tawa
dan bibirmu dengan sorak-sorai.
22Orang yang membencimu akan diselubungi malu
dan khemah orang fasiq tidak akan ada lagi.”
Terpilih Sekarang Ini:
Ayub 8: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited