Pada keesokan harinya, orang ramai yang datang menyambut Perayaan Paskah mendengar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan, Raja Israel!” Yesus mendapatkan seekor keldai muda lalu menunggangnya, seperti yang tersurat: “Janganlah takut. Wahai puteri Sion; lihatlah Rajamu datang menunggang seekor keldai muda!” Sewaktu itu para murid Yesus tidak memahami erti segala ini. Setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat dalam Kitab Suci. Orang yang mendengar Yesus memanggil Lazarus keluar dari makam dan melihat Dia membangkitkannya daripada kematian terus memberikan kesaksian tentang kejadian itu. Dengan demikian, ramai orang datang berjumpa dengan Yesus kerana mendengar tentang mukjizat-Nya itu.
Baca Yohanes 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 12:12-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video