YOHANES 12:12-18
YOHANES 12:12-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan harinya orang ramai yang sudah datang untuk merayakan Paska, mendengar khabar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!” Yesus mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab, “Janganlah takut, hai penduduk Sion! Lihatlah Raja kamu datang menunggang seekor keldai muda!” Pada masa itu pengikut-pengikut Yesus tidak memahami semuanya. Tetapi setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka teringat bahawa apa yang dilakukan oleh orang ramai bagi-Nya sudah tertulis di dalam Alkitab. Orang ramai yang hadir ketika Yesus memanggil Lazarus keluar dari kubur dan membangkitkannya daripada kematian, sudah memberitahukan kejadian itu. Itulah sebabnya orang ramai menjumpai Yesus, kerana mereka mendengar bahawa Dia sudah melakukan mukjizat itu.
YOHANES 12:12-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula maka ka’esokkan harinya, didŭngar ulih orang banyak yang datang pada hari raya itu, bahwa Isa pun ada datang kaJerusalem: Maka diambillah ulih marika itu dahan khorma, lalu kluar supaya bŭrtŭmu dŭngan dia, sambil bŭrsru, Hosana; bŭrbahgialah Raja orang Israil yang datang dŭngan nama Tuhan. Maka apabila didapati Isa sa’ekor kaldie muda, maka dudoklah iya diatasnya itu, spŭrti sudah tŭrsurat: Janganlah takot, hie anak pŭrampuan Zion; lihatlah, bahwa Rajamu datang dŭngan mŭngandrai sa’ekor kaldie muda. Adapun murid muridnya tiada mŭngarti sagala pŭrkara itu pada mulanya, tŭtapi kumdian deripada Isa bŭrulih kŭmuliaan, maka tŭringatlah marika itŭ, bahwa sagala pŭrkara ini sudah tŭrsurat akan dia, dan lagi marika itu sŭndiri sudah bŭrbuat sagala pŭrkara itu padanya. Maka sŭbab itu kaum itu yang ada bŭsŭrta dŭngan Isa, tŭtkala iya bŭrtriak Lazaras deri dalam kubor itu, dan mŭnghidopkan dia mŭnjadi saksi. Maka sŭbab itu pun banyak orang pŭrgi bŭrtŭmu dŭngan Isa, kŭrna marika itu sudah mŭnŭngar akan hal iya mŭngadakan mujizat itu.
YOHANES 12:12-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada keesokan harinya, orang ramai yang datang menyambut Perayaan Paskah mendengar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan, Raja Israel!” Yesus mendapatkan seekor keldai muda lalu menunggangnya, seperti yang tersurat: “Janganlah takut. Wahai puteri Sion; lihatlah Rajamu datang menunggang seekor keldai muda!” Sewaktu itu para murid Yesus tidak memahami erti segala ini. Setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat dalam Kitab Suci. Orang yang mendengar Yesus memanggil Lazarus keluar dari makam dan melihat Dia membangkitkannya daripada kematian terus memberikan kesaksian tentang kejadian itu. Dengan demikian, ramai orang datang berjumpa dengan Yesus kerana mendengar tentang mukjizat-Nya itu.