Yeremia 10

10
Allah yang hidup dan berhala
1Dengarlah firman yang disampaikan TUHAN kepadamu, wahai keturunan kaum Israel! 2Beginilah firman TUHAN,
“Jangan belajar cara hidup bangsa-bangsa lain,
jangan kecut hati melihat tanda-tanda di langit
biarpun bangsa-bangsa itu kecut hati melihatnya.
3Sesungguhnya, kebiasaan bangsa-bangsa itu kesia-siaan sahaja.
Sebatang pokok dari hutan ditebang orang,
lalu tangan seorang tukang mengerjakannya dengan kapak.
4Orang menghiasnya dengan perak dan emas,
lalu memperkuatnya dengan paku dan palu supaya tidak goyang.
5Berhala itu sama seperti orang-orangan di kebun mentimun,
yang tidak dapat berbicara.
Harus ada orang yang mengusungnya
kerana ia tidak dapat melangkah.
Jangan takut kepadanya,
kerana ia tidak dapat berbuat jahat
dan juga tidak dapat berbuat baik.”
6Tidak ada yang seperti Engkau, ya TUHAN!
Engkau Maha Besar dan Nama-Mu besar oleh keperkasaan.
7 # Why 15:4. Siapakah yang tidak takut kepada-Mu,
ya Raja bangsa-bangsa?
Sungguh, sikap itulah yang layak ditujukan kepada-Mu,
kerana antara semua orang bijak daripada semua bangsa
dan dalam seluruh kerajaan mereka,
tidak ada yang seperti Engkau.
8Mereka itu semata-mata dungu dan bodoh,
diajar berhala-berhala yang kayu belaka.
9Perak tempaan dibawa dari Tarsis
dan emas dari Ufas.
Berhala itu buatan tukang dan buatan tangan tukang emas.
Pakaiannya ialah kain biru dan kain ungu, semuanya buatan para ahli.
10Tetapi TUHAN ialah Allah yang benar,
Dialah Allah yang hidup dan Raja yang kekal.
Bumi bergoncang kerana murka-Nya
dan bangsa-bangsa tidak dapat menanggung amarah-Nya.
11Beginilah harus kamu katakan kepada mereka, “Para tuhan#10:11 Atau: Dewa-dewa. yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi serta dari kolong langit ini.”
12Allah menjadikan bumi dengan kuasa-Nya.
Dia menegakkan dunia dengan kebijaksanaan-Nya
dan membentangkan langit dengan pengertian-Nya.
13Ketika Dia memperdengarkan suara-Nya, riuhlah air di langit.
Dia menaikkan kabus dari hujung bumi,
membuat kilat menyertai hujan,
dan mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.
14Semua manusia itu dungu dan tidak berpengetahuan.
Semua tukang emas menjadi malu kerana patung ukiran mereka.
Patung tuangan mereka ialah kebohongan,
tidak ada nafas di dalamnya.
15Semua itu kesia-siaan,
pekerjaan yang menjadi bahan ejekan,
yang akan binasa pada waktu dihukum.
16Tetapi Dia yang menjadi Pusaka Yakub tidaklah demikian,
kerana Dialah yang membentuk segala sesuatu,
dan Israel ialah suku harta pusaka-Nya.
TUHAN alam semesta, ialah nama-Nya.
Yehuda menjadi sunyi sepi
17Kumpulkanlah barang-barangmu dari negeri ini,
wahai orang yang hidup dalam pengepungan,
18kerana beginilah firman TUHAN,
“Ketahuilah, kali ini Aku akan melontarkan penduduk negeri ini dan Aku akan menyesakkan mereka,
supaya mereka tahu rasa.”
19Malangnya aku kerana lukaku!
Cederaku berat!
Aku berkata, “Sesungguhnya, inilah kesakitan yang harus kutanggung.”
20Khemahku rosak,
semua talinya putus.
Anak-anakku telah pergi meninggalkan aku dan tidak ada lagi.
Tidak ada lagi yang akan membentangkan khemahku
atau memasangkan kain-kain tiraiku.
21Para gembala menjadi dungu
dan tidak mencari petunjuk TUHAN.
Oleh sebab itu mereka tidak berhasil,
dan seluruh ternakan mereka tercerai-berai.
22Dengar, suatu khabar datang:
Ada kegemparan besar dari tanah utara
yang akan membuat kota-kota Yehuda menjadi sunyi sepi,
menjadi sarang kawanan serigala.
23Aku tahu, ya TUHAN, bahawa manusia
tidak berkuasa atas jalan hidup sendiri,
dan orang yang berjalan tidak berkuasa menetapkan langkahnya.
24Didiklah aku, ya TUHAN, tetapi dengan sepatutnya,
jangan dengan murka-Mu,
supaya aku tidak Kautiadakan.
25Curahkanlah murka-Mu
terhadap bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkau
dan terhadap kaum yang tidak menyeru nama-Mu,
kerana mereka telah melahap Yakub.
Mereka melahapnya, menghancurkannya,
dan meranapkan kediamannya.

Terpilih Sekarang Ini:

Yeremia 10: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk