Yesaya 53

53
1 # Rm 10:16; Yoh 12:38. Siapakah yang mempercayai khabar kami,
dan kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan?
2Seperti tunas muda dia tumbuh di hadapan-Nya,
seperti akar dari gurun.
Tidak ada keelokan dan tidak ada semarak padanya sehingga kita memandang dia,
tidak ada tampang sehingga kita menginginkan dia.
3Dia dihina dan ditolak manusia,
seorang yang penuh derita dan terbiasa dengan kesakitan.
Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia,
dan kita pun menganggapnya tidak penting.
4 # Mat 8:17. Sesungguhnya, dialah yang menanggung penyakit kita
dan memikul derita kita,
padahal kita menganggap dia kena tulah,
dihukum Allah dan ditindas.
5 # 1Ptr 2:24. Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita,
dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita.
Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya
dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh.
6 # 1Ptr 2:25. Kita semua tersesat seperti domba,
setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri,
tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua.
7 # Why 5:6. # Kis 8:32,33. Dia dianiaya dan ditindas,
tetapi dia tidak membuka mulutnya.
Seperti anak domba yang dibawa untuk disembelih,
seperti domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya,
maka dia tidak membuka mulutnya.
8Daripada tahanan dan daripada pengadilan dia diambil.
Siapa akan mengisahkan keturunannya?
Dia dilenyapkan daripada negeri orang hidup,
dan kerana pelanggaran umat-Ku dia kena tulah.
9 # 1Ptr 2:22. Kuburnya ditentukan antara orang fasiq,
dan dalam kematiannya dia bersama kalangan kaya,
sungguhpun dia tidak pernah melakukan kekerasan
dan tidak ada tipu daya di dalam mulutnya.
10Namun begitu, TUHAN berkehendak menghancurkan dan menyakiti dia.
Jika dia menjadikan jiwanya korban penebus kesalahan,
maka dia akan melihat keturunannya dan umurnya lanjut.
Kehendak TUHAN akan berhasil dalam tangannya.
11Sesudah kesusahan jiwanya
dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas.
Hamba-Ku yang benar itu
akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya.
Dia akan memikul dosa-dosa mereka.
12 # Mrk 15:28; Luk 22:37. Oleh sebab itu Aku akan menentukan bahagiannya bersama-sama orang besar,
dan dia akan berbahagi jarahan bersama-sama orang kuat,
kerana dia telah mencurahkan nyawanya sampai mati
dan diperhitungkan bersama-sama orang derhaka,
padahal dia menanggung dosa orang ramai
dan berdoa bagi para penderhaka.

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 53: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami