Yesaya 52

52
TUHAN menyelamatkan Sion
1 # Why 21:2,27. Bangunlah, bangunlah!
Kenakanlah kekuatanmu, wahai Sion!
Kenakanlah pakaian kehormatanmu
wahai Yerusalem, kota yang suci,
kerana orang yang tidak bersunat dan yang najis tidak akan masuk lagi ke dalammu.
2Kebaskanlah debu daripadamu,
bangkitlah, duduklah, wahai Yerusalem!
Lepaskanlah tali pengikat dari lehermu,
wahai puteri Sion yang tertawan!
3Beginilah firman TUHAN,
“Kamu telah dijual tanpa harga, maka kamu pun akan ditebus tanpa wang.”
4Beginilah firman Tuhan ALLAH,
“Pada mulanya umat-Ku pergi ke Mesir untuk tinggal di sana sebagai pendatang.
Kemudian orang Asyur menindas mereka dengan tidak semena-mena.
5 # Rm 2:24. Sekarang, apakah lagi urusan-Ku di sini?”
Demikianlah firman TUHAN.
“Umat-Ku diambil tanpa harga.
Orang yang menguasainya meraung-raung,”
demikianlah firman TUHAN,
“dan nama-Ku terus dinista sepanjang hari.
6Oleh sebab itu umat-Ku akan mengenal nama-Ku,
dan pada hari itu mereka akan mengetahui bahawa Akulah yang berfirman, ya Aku.”
7 # Nah 1:15; Rm 10:15; Ef 6:15. Alangkah indahnya di atas gunung-gunung
melihat kaki mereka yang membawa berita baik,
yang mengkhabarkan kedamaian,
yang membawa khabar kesukaan,
yang mengkhabarkan penyelamatan,
yang berkata kepada Sion, “Allahmu bertakhta!”
8Dengarlah, para pengintipmu menyaringkan suara,
mereka bersorak-sorai bersama-sama,
kerana dengan mata kepala sendiri mereka melihat
bagaimana TUHAN memulihkan Sion.
9Bergembiralah, bersorak-sorailah bersama-sama,
wahai reruntuhan Yerusalem,
kerana TUHAN telah menghiburkan umat-Nya.
Dia telah menebus Yerusalem.
10TUHAN telah memperlihatkan kuasa-Nya yang suci
di hadapan mata segala bangsa.
Segala hujung bumi akan melihat
penyelamatan daripada Allah kita.
11 # 2Kor 6:17. Menyingkirlah, menyingkirlah, keluarlah dari sana!
Jangan sentuh yang najis!
Keluarlah dari tengah-tengahnya, sucikanlah dirimu,
wahai kamu yang mengangkut kelengkapan Bait TUHAN.
12Sungguh, kamu tidak akan keluar dengan terburu-buru
dan tidak akan pergi sebagai pelarian,
kerana TUHAN akan maju di depanmu,
Allah Israel akan menjadi penutup barisanmu.
Hamba Allah yang menderita
13Sesungguhnya, hamba-Ku akan bertindak bijaksana.
Dia akan ditinggikan, dijunjung, dan sangat dimuliakan.
14Sebagaimana ramai orang tercengang melihat dia —
begitu rosak rupanya sehingga tidak seperti manusia lagi
dan susuknya tidak seperti anak manusia lagi —
15 # Rm 15:21. demikianlah dia akan mengejutkan banyak bangsa.
Raja-raja akan menutup mulut melihat dia,
kerana mereka akan melihat apa yang belum pernah diceritakan kepada mereka dan memahami apa yang belum pernah didengar mereka.

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 52: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami