Yesaya 48

48
Allah menciptakan masa depan yang baru
1Dengarlah hal ini, wahai keturunan kaum Yakub,
yang disebut dengan nama Israel
dan yang datang daripada garis keturunan Yehuda,
yang bersumpah demi nama TUHAN
dan yang menyebut nama Allah Israel,
tetapi tidak dalam kesungguhan dan tidak dalam ketulusan hati —
2kerana mereka menyebut diri penduduk kota suci
dan bersandar kepada Allah Israel,
yang bernama TUHAN alam semesta –
3“Hal-hal yang dahulu telah Kuberitahu sejak dahulu,
semua itu telah Kusampaikan sendiri dan Kukhabarkan.
Dengan tiba-tiba Aku bertindak dan semua itu pun terjadi.
4Aku tahu bahawa engkau degil.
Tengkukmu berurat besi dan dahimu daripada tembaga.
5Itulah sebabnya Aku memberitahukanmu sejak dahulu.
Sebelum hal itu terjadi Aku mengkhabarkannya kepadamu,
supaya engkau tidak berkata,
‘Berhalaku yang melakukannya.
Patung ukiranku dan patung tuanganku yang memerintahkannya.’
6Engkau telah mendengarnya, perhatikanlah semua itu!
Tidakkah kamu mahu mengakuinya?
Mulai sekarang Aku akan mengkhabarkan kepadamu hal-hal yang baru,
iaitu hal-hal tersembunyi yang belum kauketahui.
7Baru sekarang hal-hal itu diciptakan, bukan sejak dahulu,
sebelum hari ini engkau tidak pernah mendengarnya,
supaya engkau tidak berkata,
‘Ya, aku sudah mengetahuinya!’
8Sesungguhnya, engkau belum pernah mendengarnya dan belum pernah mengetahuinya.
Bahkan sejak dahulu telingamu belum terbuka,
kerana Aku tahu bahawa kelakuanmu sangat khianat,
dan orang menyebut kamu derhaka sejak dalam kandungan.
9Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku
dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu
supaya engkau tidak Kulenyapkan.
10Sesungguhnya, Aku sudah memurnikan engkau tetapi bukan seperti perak.
Aku sudah menguji engkau dalam dapur api kesusahan.
11Demi diri-Ku, ya, demi diri-Ku Aku melakukannya,
kerana bagaimana mungkin Kubiarkan nama-Ku dinista?
Aku tidak akan menyerahkan kemuliaan-Ku kepada yang lain.”
TUHAN menebus Israel
12 # Yes 44:6; Why 1:17; 22:13. “Dengarlah Aku, wahai Yakub,
wahai Israel yang telah Kupanggil!
Aku tetap Dia! Akulah yang awal,
Akulah juga yang akhir.
13Tangan-Ku juga yang meletakkan dasar bumi,
dan tangan kanan-Ku yang membentangkan langit.
Apabila Aku memanggil mereka,
mereka tampil bersama-sama.
14Berhimpunlah kamu semua dan dengarlah!
Siapakah antara berhala yang telah memberitahukan hal-hal ini?
Dia yang dikasihi TUHAN
akan melaksanakan kehendak-Nya terhadap Babel.
Tangannya akan melawan orang Kasdim.
15Aku, Aku telah berfirman.
Ya, Aku telah memanggil dia.
Aku telah mendatangkan dia
dan dia akan berhasil menjalankan tugasnya.
16Datanglah dekat kepada-Ku, dengarlah hal ini:
Sejak mula-mula lagi Aku tidak berfirman dengan sembunyi-sembunyi,
sejak waktu hal itu terjadi, Aku ada di sana.”
Sekarang, Tuhan ALLAH telah mengutus aku dengan Roh-Nya.
17Beginilah firman TUHAN, Penebusmu,
Yang Maha Suci, Allah Israel,
“Akulah TUHAN, Allahmu,
yang mengajar engkau tentang apa yang berfaedah,
yang membimbing engkau di jalan yang patut kautempuh.
18Kalaulah engkau memperhatikan perintah-perintah-Ku,
maka kedamaianmu sudah seperti sungai
dan perbenaranmu#48:18 Dalam bahasa Ibrani, ‘tsedaqah’ sering kali diterjemahkan dengan perkataan, ‘perbenaran’ bermakna kemenangan. seperti gelombang di lautan.
19Keturunanmu sudah seperti pasir
dan anak cucumu seperti butiran pasir.
Nama mereka tidak akan lenyap
atau punah dari hadapan-Ku.”
20 # Why 18:4. Keluarlah dari Babel! Larilah daripada antara orang Kasdim!
Uar-uarkanlah hal ini dengan suara sorak-sorai, khabarkannya!
Siarkanlah sampai ke hujung bumi!
Katakanlah, “TUHAN telah menebus hamba-Nya Yakub!”
21Mereka tidak berasa dahaga
apabila Dia menuntun mereka melalui tempat-tempat yang tandus.
Dia mengalirkan air bagi mereka dari batu pejal,
Dia membelah batu pejal sehingga air memancar keluar.
22 # Yes 57:21. “Tidak ada kedamaian bagi orang fasiq,” demikianlah firman TUHAN.

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 48: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk