Yesaya 47

47
Keruntuhan Babel
1 # Yes 13:1—14:23; Yer 50:1—51:64. “Turunlah dan duduklah dalam debu,
wahai anak dara, puteri Babel!
Duduklah di tanah tanpa takhta,
wahai puteri Kasdim,
kerana engkau tidak akan lagi disebut
lembut dan manja.
2Ambillah batu kisaran dan gilinglah tepung.
Singkapkanlah kain kerudungmu,
angkatlah sarungmu, singkapkanlah betismu, seberangilah sungai-sungai.
3Auratmu akan tersingkap,
ya, celamu akan terlihat.
Aku akan melakukan pembalasan
dan tidak akan menyayangi seorang pun.
4Nama Penebus kami ialah TUHAN alam semesta,
Yang Maha Suci, Allah Israel.
5Duduklah membisu dan masuklah ke dalam gelap,
wahai puteri Kasdim, kerana engkau tidak akan lagi disebut
permaisuri kepada kerajaan-kerajaan.
6Aku telah murka kepada umat-Ku,
sehingga Aku menajiskan harta pusaka-Ku
dan menyerahkannya ke dalam tanganmu.
Tetapi engkau tidak menaruh belas kasihan kepada mereka,
sehingga pada orang tua pun
kautanggungkan kukmu yang sangat berat.
7Engkau berkata, ‘Untuk selama-lamanya aku akan menjadi permaisuri,’
sehingga engkau tidak memperhatikan hal-hal ini
dan tidak mengingat kesudahannya.
8 # Why 18:7,8. Sekarang dengarlah ini, wahai engkau yang gemar bersenang-senang,
yang duduk-duduk dengan aman,
yang berkata dalam hati,
‘Aku, dan tidak ada yang lain.
Aku tidak akan pernah hidup menjanda dan tidak akan pernah tahu bagaimana rasanya kehilangan anak.’
9Akan tetapi, kedua-dua hal itu akan menimpamu dalam sekejap, dalam satu hari,
iaitu kehilangan anak dan menjadi balu.
Kedua-dua hal itu akan sepenuhnya menimpamu,
sekalipun banyak sihirmu
dan sangat kuat manteramu.
10Engkau berasa aman dalam kejahatanmu,
katamu, ‘Tidak ada yang melihat aku!’
Kebijaksanaanmu dan pengetahuanmu,
itulah yang menyesatkan engkau,
sehingga engkau berkata dalam hatimu,
‘Aku, dan tidak ada yang lain.’
11Malapetaka akan menimpamu,
engkau tidak tahu bagaimana menangkalnya dengan jampimu.
Bencana akan melandamu
tanpa sanggup kautolak dengan membayar tebusan.
Kebinasaan akan menimpamu dengan tiba-tiba, tanpa kauketahui.
12Cubalah bertahan dengan manteramu
dan dengan sihirmu yang banyak itu,
yang telah kausibukkan sejak masa kecilmu.
Siapa tahu engkau boleh mendapat faedah,
siapa tahu engkau dapat menimbulkan kegentaran.
13Engkau melelahkan diri dengan banyak nasihat.
Biarlah ahli-ahli nujum, para penilik bintang yang meramal tiap-tiap bulan,
tampil dan menyelamatkan engkau daripada hal-hal yang akan menimpamu!
14Sesungguhnya, mereka seperti tunggul jerami.
Api akan membakar mereka.
Mereka tidak dapat melepaskan diri daripada kuasa nyala api.
Api itu bukan bara untuk menghangatkan diri,
bukan api untuk berdiang.
15Demikianlah jadinya bagimu orang yang telah kausibukkan itu,
yang berniaga dengan engkau sejak masa kecilmu.
Mereka tersesat di jalan masing-masing,
tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau.”

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 47: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk