Itulah sebabnya Aku memberitahukanmu sejak dahulu. Sebelum hal itu terjadi Aku mengkhabarkannya kepadamu, supaya engkau tidak berkata, ‘Berhalaku yang melakukannya. Patung ukiranku dan patung tuanganku yang memerintahkannya.’ Engkau telah mendengarnya, perhatikanlah semua itu! Tidakkah kamu mahu mengakuinya? Mulai sekarang Aku akan mengkhabarkan kepadamu hal-hal yang baru, iaitu hal-hal tersembunyi yang belum kauketahui. Baru sekarang hal-hal itu diciptakan, bukan sejak dahulu, sebelum hari ini engkau tidak pernah mendengarnya, supaya engkau tidak berkata, ‘Ya, aku sudah mengetahuinya!’ Sesungguhnya, engkau belum pernah mendengarnya dan belum pernah mengetahuinya. Bahkan sejak dahulu telingamu belum terbuka, kerana Aku tahu bahawa kelakuanmu sangat khianat, dan orang menyebut kamu derhaka sejak dalam kandungan. Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu supaya engkau tidak Kulenyapkan. Sesungguhnya, Aku sudah memurnikan engkau tetapi bukan seperti perak. Aku sudah menguji engkau dalam dapur api kesusahan. Demi diri-Ku, ya, demi diri-Ku Aku melakukannya, kerana bagaimana mungkin Kubiarkan nama-Ku dinista? Aku tidak akan menyerahkan kemuliaan-Ku kepada yang lain.”
Baca Yesaya 48
Kongsi
Beginilah firman TUHAN, Penebusmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, “Akulah TUHAN, Allahmu, yang mengajar engkau tentang apa yang berfaedah, yang membimbing engkau di jalan yang patut kautempuh.
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 48:5-11, 17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video