Pengkhutbah 11

11
Pedoman hidup
1Tebarkan rotimu ke air
kerana beberapa waktu kelak kamu akan memperolehnya semula.
2Berikanlah bahagian kepada tujuh atau hingga lapan orang,
kerana kamu tidak mengetahui bencana apa yang bakal terjadi di bumi ini.
3Kumpulan awan yang sarat berisi hujan
akan mencurahkan kesemuanya ke atas bumi;
dan pohon yang tumbang ke selatan atau ke utara
akan tetap di tempat tumbangnya.
4Sesiapa yang sentiasa memperhatikan angin tidak akan menabur;
dan sesiapa yang sentiasa melihat awan tidak akan menuai.
5Sebagaimana kamu tidak mengetahui cara dan laluan angin dan pembentukan tulang-temulang di dalam rahim wanita yang mengandung, demikian jugalah kamu tidak mengetahui pekerjaan Allah yang menjadikan segala sesuatu.
6Pada pagi hari taburlah benihmu, dan pada kala petang, usah rehatkan tanganmu, kerana kamu tidak mengetahui yang mana satu akan berhasil, atau kedua-duanya sama baik.
7Cahaya itu manis dan melihat matahari itu menyenangkan bagi mata.
8Maka biarlah orang yang panjang usia bersukacita dengan tahun-tahun kehidupannya. Namun demikian, dia perlu ingat bahawa akan ada banyak juga hari kegelapan dan segala yang mendatang ialah kesia-siaan.
9Bersuka rialah, wahai pemuda ketika kamu remaja dan senangkanlah hatimu ketika kamu muda. Turutilah hasrat hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa segalanya akan diadili Allah.
10Buang kesedihan daripada hatimu dan singkirkan kejahatan daripada tubuhmu kerana zaman kanak-kanak, zaman muda dan puncak kehidupanmu hanya kesia-siaan.

Terpilih Sekarang Ini:

Pengkhutbah 11: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami