Kisah Para Rasul 8
8
Penganiayaan terhadap jemaah di Yerusalem
1Saul menyetujui kematian Stefanus. Pada masa itu penganiayaan yang dahsyat dilakukan terhadap jemaah di Yerusalem; dan mereka pun bercerai-berai di serata Yudea dan Samaria, kecuali para rasul. 2Beberapa orang yang salih mengebumikan Stefanus dan amat meratapi kematiannya.
3 # Kis 22:4,5; 26:9-11. Saul berusaha untuk menghapuskan jemaah; dia memasuki setiap rumah dan menyeret keluar lelaki perempuan lalu memasukkan mereka ke dalam penjara.
Filipus di Samaria
4Mereka yang bercerai-berai pergi ke merata-rata menyampaikan firman. 5Kemudian Filipus pergi ke sebuah kota di Samaria dan memberitakan Kristus kepada orang di situ. 6Apabila orang ramai mendengar apa yang dikatakan Filipus dan melihat segala tanda keajaiban yang dilakukannya, mereka semua memperhatikan dengan sepenuh hati apa yang dikatakannya. 7Roh-roh jahat melolong sambil keluar daripada ramai orang yang kerasukan, manakala sebilangan besar yang lumpuh dan tempang telah disembuhkan. 8Seluruh kota itu amat bersukacita.
Simon ahli sihir
9Akan tetapi, ada seorang lelaki bernama Simon, yang dahulunya mengamalkan sihir di situ dan mengagumkan orang Samaria serta mengaku dirinya seorang yang hebat. 10Mereka semua, daripada yang paling rendah tarafnya hinggalah kepada yang tertinggi, mendengar katanya. Mereka berkata, “Orang ini dikenal sebagai Kuasa Besar Allah.” 11Mereka mendengar katanya kerana dia telah lama mengagumkan mereka dengan sihirnya. 12Namun apabila mereka mempercayai Filipus ketika dia mengkhabarkan berita baik tentang kerajaan Allah dan nama Yesus Kristus, mereka pun dibaptiskan, baik lelaki mahupun perempuan. 13Kemudian Simon sendiri percaya; dan setelah dibaptiskan dia terus menyertai Filipus dan amat kagum melihat mukjizat-mukjizat serta tanda yang dilakukan.
14Apabila para rasul di Yerusalem mendengar bahawa orang Samaria telah menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yohanes ke sana. 15Setelah sampai di situ, kedua-duanya berdoa semoga mereka menerima Roh Kudus, 16kerana mereka belum lagi dipenuhi oleh-Nya. Mereka baru dibaptiskan sahaja dengan nama Tuhan Yesus. 17Kemudian Petrus dan Yohanes meletakkan tangan atas mereka lalu mereka menerima Roh Kudus.
18Setelah Simon melihat betapa Roh Kudus diberikan ketika para rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wang kepada mereka 19sambil berkata, “Berilah aku kuasa itu juga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnya akan menerima Roh Kudus.”
20Tetapi Petrus berkata kepadanya, “Punahlah wangmu bersamamu, kerana kamu menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang! 21Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di mata Allah. 22Oleh itu, bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, dan berdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampuni kerana niat dalam hatimu itu; 23kerana kulihat kamu diracuni perasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.”
24Simon menjawab, “Berdoalah kepada Tuhan untukku, supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.”
25Setelah mereka memberikan kesaksian dan menyampaikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Yerusalem, sambil menyebarkan Injil#8:25 Atau: Perkhabaran baik. tentang Yesus di banyak kampung orang Samaria.
Filipus dan sida-sida dari negeri Ethiopia
26Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, “Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Yerusalem dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.” 27Dia pun bangkit lalu pergi. Ada seorang Ethiopia, seorang sida-sida, yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake, ratu negeri Ethiopia, dan ditugaskan menjaga seluruh perbendaharaannya. Dia telah pergi ke Yerusalem untuk beribadat. 28Ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dan sambil duduk di dalam rata kudanya, dia membaca kitab Nabi Yesaya. 29Roh Kudus berkata kepada Filipus, “Pergi dekati rata itu.” 30Filipus pun berlari mendapatkannya lalu mendengarnya membaca kitab Nabi Yesaya. Filipus berkata, “Fahamkah apa yang kamu baca itu?”
31Jawabnya, “Bagaimana aku dapat memahaminya, kecuali ada orang yang membimbingku?” Dia pun mengajak Filipus naik duduk di sisinya. 32#Yes 53:7,8.Bahagian Kitab Suci yang dibacanya ialah:
“Seperti domba yang dibawa untuk disembelih,
seperti anak domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya,
maka Dia tidak membuka mulut-Nya.
33Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya,
maka siapa akan mengisahkan keturunan-Nya?
Nyawa-Nya direnggut dari muka bumi.”
34Sida-sida itu berkata kepada Filipus, “Aku bertanya kepadamu, tentang siapakah nabi itu bercakap, tentang dirinya atau seseorang lain?” 35Filipus pun membuka mulutnya: bermula dari bahagian Kitab Suci itu, dia menyampaikan berita baik tentang Yesus kepada sida-sida itu. 36Sedang mereka meneruskan perjalanan, mereka sampai di suatu tempat yang berair. Sida-sida itu berkata, “Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalang aku daripada dibaptiskan?” 37Filipus berkata, “Jika kamu percaya sepenuh hati, kamu boleh dibaptiskan.” Sida-sida itu menjawab, “Aku percaya bahawa Yesus Kristus itu Anak Allah.”
38Lalu dia mengarahkan rata itu dihentikan. Dia bersama Filipus turun ke dalam air, lalu Filipus membaptisnya. 39Setelah mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Sida-sida itu tidak melihatnya lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita. 40Filipus mendapati dirinya di Asdod. Dia meneruskan perjalanan sambil menyampaikan Injil di segala kota hingga sampai di Kaisarea.
Terpilih Sekarang Ini:
Kisah Para Rasul 8: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited