Kisah Para Rasul 7
7
Pembicaraan Stefanus
1Kemudian imam besar bertanya kepada Stefanus, “Benarkah segala tuduhan ini?”
2 # Kej 12:1. Stefanus menjawab, “Bapa-bapa dan saudara-saudara! Dengarlah: Sebelum moyang kita Abraham berpindah ke Haran, Allah Yang Maha Mulia telah menampakkan diri kepadanya di Mesopotamia. 3Allah berfirman kepadanya, ‘Tinggalkanlah negerimu dan sanak saudaramu. Pergilah ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu.’ 4#Kej 11:31. Kej 12:4.Abraham pun terus meninggalkan negeri Kasdim dan tinggal di Haran. Setelah bapa Abraham meninggal dunia, Allah memindahkan pula Abraham ke negeri tempat saudara-saudara dan bapa-bapa tinggal sekarang ini. 5#Kej 12:7; 13:15; 15:18; 17:8.Ketika itu Allah tidak memberikan warisan apa pun kepada Abraham sebagai miliknya, secebis tanah pun tidak. Namun begitu, Allah berjanji akan mengurniakan tanah ini kepada Abraham sebagai miliknya dan milik keturunannya, walaupun pada masa itu Abraham tidak mempunyai anak. 6#Kej 15:13,14.Namun demikian, Allah berfirman kepadanya bahawa keturunannya akan menjadi pendatang di negeri orang dan akan diperhamba serta ditindas selama empat ratus tahun. 7#Kel 3:12.‘Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba mereka,’ Allah berfirman. ‘Setelah itu, mereka akan keluar dari negeri itu dan menyembah-Ku di sini.’ 8#Kej 17:10-14. Kej 21:2-4. Kej 25:26. Kej 29:31—35:18.Kemudian Allah membuat perjanjian sunat dengan Abraham; maka Abraham mendapat anak lelaki bernama Ishak dan menyunatkannya pada hari kelapan; Ishak mendapat Yakub dan Yakub mendapat dua belas orang anak lelaki yang menjadi nenek moyang bangsa kita.
9 # Kej 37:11. Kej 37:28. Kej 39:2,21. Nenek moyang bangsa kita itu menaruh hasad dengki terhadap Yusuf lalu menjualnya sebagai hamba di Mesir. Tetapi Allah menyertainya 10#Kej 41:39-41.dan menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf menghadap Firaun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan kebijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadi pemerintah#7:10 Atau: Pembesar Negeri. yang berkuasa atas seluruh negeri itu dan istananya. 11#Kej 42:1,2.Kemudian seluruh Mesir dan Kanaan dilanda kebuluran, dan nenek moyang kita tidak dapat mencari makanan. 12Apabila Yakub mendengar bahawa di Mesir ada gandum, dia menyuruh anak-anaknya, nenek moyang kita, pergi ke situ bagi kali pertama. 13#Kej 45:1. Kej 45:16.Ketika mereka ke sana bagi kali kedua, Yusuf diperkenalkan kepada saudara-saudaranya itu dan keluarga Yusuf diketahui oleh Firaun. 14#Kej 45:9,10,17,18. Kej 46:27.Lalu Yusuf mengirim khabar dan meminta bapanya, Yakub, serta seluruh keluarganya berpindah ke Mesir; tujuh puluh lima jiwa semuanya. 15#Kej 46:1-7. Kej 49:33.Yakub sekeluarga pun berpindah ke Mesir. Di situlah dia dan nenek moyang kita meninggal dunia. 16#Kej 23:3-16; 33:19; 50:7-13; Yos 24:32.Jenazah mereka dibawa ke Sikhem dan dikebumikan di kuburan yang telah dibeli oleh Abraham dengan sejumlah wang daripada suku Hamor, bapa Sikhem.
17 # Kel 1:7,8. Apabila masa bagi Allah menunaikan janji-Nya kepada Abraham semakin hampir, bilangan bangsa kita di Mesir telah meningkat banyak sekali. 18Kemudian seorang raja lain yang tidak kenal akan Yusuf menaiki takhta kerajaan Mesir. 19#Kel 1:10,11. Kel 1:22.Raja itu memperdaya bangsa kita dan menindas nenek moyang kita, dengan memaksa mereka membuang bayi#7:19 Atau: Bayi-bayi. yang baru lahir dan membiarkannya mati. 20#Kel 2:2.Pada masa itulah Musa dilahirkan, seorang bayi yang elok di mata Allah. Dia dipelihara di rumah bapanya selama tiga bulan. 21#Kel 2:3-10.Apabila dia terpaksa dibuang, puteri Firaun mengambilnya dan memeliharanya sebagai anak sendiri. 22Musa menjadi arif dalam segala ilmu pengetahuan serta kebijaksanaan orang Mesir dan menjadi seorang yang sangat handal, baik dari segi perkataan mahupun perbuatan.
23 # Kel 2:11-15. Sewaktu Musa berusia empat puluh tahun, hatinya tergerak hendak mengunjungi saudara-saudaranya orang Israel. 24Dia terpandang seorang daripada mereka sedang dianiaya oleh seorang Mesir. Dia pun membela orang yang dianiaya itu dan membunuh orang Mesir itu; 25kerana Musa menyangka saudara-saudara sebangsanya mengerti bahawa Allah akan menyelamatkan mereka melaluinya, tetapi mereka tidak mengerti. 26Esoknya, dia terlihat pula dua orang Israel sedang bergaduh lalu cuba mendamaikan mereka, katanya, ‘Kamu bersaudara. Mengapa kamu saling menganiaya?’ 27Tetapi orang yang menganiaya saudara sebangsanya itu menolak Musa ke tepi sambil bertanya, ‘Siapa yang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami? 28Adakah kamu ingin membunuhku seperti kamu membunuh orang Mesir itu kelmarin?’ 29#Kel 18:3,4.Ketika Musa mendengar kata-kata itu, dia lari dari Mesir lalu menetap di negeri Midian. Di situ dia mendapat dua orang anak lelaki.
30 # Kel 3:1-10. Empat puluh tahun kemudian, malaikat menampakkan diri kepada Musa di dalam api belukar yang bernyala, di tanah gurun dekat Gunung Sinai. 31Musa kehairanan melihatnya lalu menghampirinya. Dia mendengar suara Tuhan berfirman, 32‘Akulah Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Ishak dan Yakub.’ Musa gementar ketakutan dan tidak berani memandang lagi. 33Tuhan berfirman seterusnya, ‘Tanggalkan kasutmu dari kakimu, kerana tempat kamu berdiri itu tanah suci. 34Aku telah melihat penindasan umat-Ku di Mesir. Aku telah mendengar rintihan mereka, dan telah turun untuk membebaskan mereka. Sekarang marilah, Aku akan mengutusmu ke Mesir.’
35 # Kel 2:14. Musa inilah yang telah ditolak oleh umat Israel dengan kata-kata, ‘Siapa yang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami?’ Justeru dialah yang diutus Allah sebagai pemerintah dan pembebas, melalui malaikat yang menampakkan diri kepadanya di belukar itu. 36#Kel 7:3. Kel 14:21. Bil 14:33.Musa memimpin orang Israel keluar dari Mesir setelah melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah dan kemudian di tanah gurun selama empat puluh tahun. 37#Ul 18:15,18.Musa inilah yang berkata kepada bangsa Israel, ‘Allah akan membangkitkan untukmu seorang nabi sepertiku daripada kalangan bangsamu.’ 38#Kel 19:1—20:17; Ul 5:1-33.Musa inilah yang bersama jemaah yang berhimpun di tanah gurun. Dia di sana berserta nenek moyang kita dan malaikat yang berkata-kata kepadanya di Gunung Sinai. Dialah yang menerima firman hidup, untuk disampaikan kepada kita.
39Tetapi nenek moyang kita enggan taat kepadanya. Mereka menolaknya dan dalam hati mereka berpaling semula ke Mesir. 40#Kel 32:1.Mereka berkata kepada Harun, ‘Buatkan kami tuhan-tuhan yang dapat memimpin kami, kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Musa yang membawa kami keluar dari Tanah Mesir.’ 41#Kel 32:2-6.Setelah itu, mereka membuat berhala berbentuk anak lembu dan mempersembahkan korban kepada berhala itu. Mereka bersuka ria meraikan buatan tangan mereka sendiri. 42#Am 5:25-27.Oleh itu, Allah berpaling daripada mereka dan membiarkan mereka menyembah segala yang di langit. Demikianlah yang tersurat dalam kitab nabi-nabi:
‘Adakah kamu mempersembahkan korban sembelihan dan persembahan kepada-Ku
selama empat puluh tahun di tanah gurun, hai keturunan kaum Israel?
43Malah kamu mengusung khemah Molokh
dan bintang berhalamu Refan,
berhala-berhala yang kamu buat untuk kamu sembah;
maka Aku akan membuangmu jauh ke seberang Babel.’
44 # Kel 25:9,40. Nenek moyang kita mempunyai Khemah Kesaksian di tanah gurun. Khemah ini dibuat sebagaimana yang diperintahkan kepada Musa menurut contoh yang telah dilihatnya. 45#Yos 3:14-17.Nenek moyang kita, setelah menerimanya, bersama Yosua telah membawanya masuk ke negeri kita yang dikuasai oleh bangsa-bangsa asing. Allah telah mengusir bangsa-bangsa asing itu di hadapan mereka, dan khemah itu tetap di tanah tersebut hingga zaman Daud. 46#2Sam 7:1-16; 1Taw 17:1-14.Daud mendapat keredaan Allah dan memohon izin-Nya untuk membina sebuah tempat kediaman Allah Yakub. 47#1Raj 6:1-38; 2Taw 3:1-17.Tetapi Salomo yang membina rumah untuk-Nya.
48Namun demikian, Tuhan Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan tangan manusia, seperti kata nabi:
49 # Yes 66:1,2. ‘Langit takhta-Ku,#7:49 Atau: Syurga arasy-Ku.
dan bumi alas kaki-Ku.
Rumah apakah yang hendak kamu bina untuk-Ku,
dan di manakah tempat rehat-Ku? firman Tuhan.
50Bukankah Aku sendiri yang telah mencipta semua ini?’
51 # Yes 63:10. Hai yang keras kepala dan tidak bersunat hati dan telingamu! Kamu sentiasa melawan Roh Kudus sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyangmu. 52Nabi manakah yang tidak dianiaya oleh nenek moyangmu? Mereka membunuh nabi-nabi yang telah menubuatkan kedatangan Yang Benar itu, yang kamu khianati dan bunuh. 53Kamu telah menerima Taurat Allah yang disampaikan oleh malaikat, tetapi kamu tidak mematuhinya.”
Stefanus direjam
54Apabila mendengar kata-kata ini, mereka tersangat sakit hati dan berang terhadap Stefanus. 55Akan tetapi, dia dipenuhi Roh Kudus lalu merenung ke langit dan melihat kemuliaan Allah serta Yesus berdiri di sebelah kanan Allah. 56Dia berkata, “Lihatlah! Aku nampak syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah!”
57Mereka pun bertempik sambil menutup telinga lalu menyerang Stefanus serentak. 58Mereka menyeret dia ke luar kota lalu merejamnya. Orang yang menyaksikan segalanya itu meletakkan jubah mereka di kaki seorang muda bernama Saul. 59Ketika mereka merejam Stefanus, dia berseru, “Tuhan Yesus, terimalah rohku.” 60Kemudian dia berlutut dan berteriak dengan suara yang kuat, “Tuhan, jangan tanggungkan dosa ini atas mereka.” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal dunia.
Terpilih Sekarang Ini:
Kisah Para Rasul 7: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited