Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal. Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang perbenaran, kerana dia masih bayi.