IBRANI 5:12-13
IBRANI 5:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebenarnya sudah waktunya bagi kamu untuk menjadi guru, tetapi sehingga sekarang kamu masih perlu menerima ajaran asas tentang perkhabaran Allah. Kamu masih belum dapat menerima makanan keras, tetapi masih minum susu sahaja. Sesiapa yang minum susu sebagai makanan utama masih kanak-kanak; dia tidak faham akan apa yang benar dan apa yang salah.
IBRANI 5:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sŭdang pada masa patut kamu mŭnjadi guru, maka kamu bŭrkahandak sa’orang mŭngajar kamu pula derihal pŭrkara alif ba ta pŭrkataan Allah itu, dan kamu tŭlah mŭnjadi spŭrti orang yang bŭrkahandaklah akan ayer susu, dan bukannya makanan yang kras. Kŭrna masing masing orang yang mŭminum ayer susu itu iyalah tiada chŭrdek dalam pŭrkataan kabŭnaran, kŭrna iyalah sa’orang anak mŭnyusu adanya.
IBRANI 5:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal. Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang perbenaran, kerana dia masih bayi.