1
Ibrani 4:12
Alkitab Versi Borneo
Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati.
Bandingkan
Selidiki Ibrani 4:12
2
Ibrani 4:16
Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.
Selidiki Ibrani 4:16
3
Ibrani 4:15
Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa.
Selidiki Ibrani 4:15
4
Ibrani 4:13
Tidak ada makhluk yang terlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanya terdedah dan terbuka kepada mata Allah; kepada-Nya nanti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuan kita.
Selidiki Ibrani 4:13
5
Ibrani 4:14
Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.
Selidiki Ibrani 4:14
6
Ibrani 4:11
Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.
Selidiki Ibrani 4:11
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video