Pada hari ini juga aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi atas kamu, bahawa aku telah menghadapkan kepadamu kehidupan dan kematian, berkat dan kutukan. Pilihlah kehidupan, supaya engkau dan keturunanmu dapat hidup. Kasihilah TUHAN, Allahmu, patuhilah Dia, dan berpautlah kepada-Nya. Sesungguhnya, Dialah sumber hidupmu dan yang membuat umurmu panjang, sehingga engkau dapat tinggal di tanah yang telah disumpahkan TUHAN untuk memberikannya kepada nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub.”