ULANGAN 30:19-20
ULANGAN 30:19-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang kamu boleh memilih antara hidup dan maut, antara berkat Allah dan kutuk-Nya. Aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi terhadap keputusan kamu. Pilihlah hidup. Kasihilah TUHAN, Allah kamu, taatlah dan setialah kepada-Nya, maka kamu dan keturunan kamu akan panjang umur di tanah yang dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub.”
ULANGAN 30:19-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari ini juga aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi atas kamu, bahawa aku telah menghadapkan kepadamu kehidupan dan kematian, berkat dan kutukan. Pilihlah kehidupan, supaya engkau dan keturunanmu dapat hidup. Kasihilah TUHAN, Allahmu, patuhilah Dia, dan berpautlah kepada-Nya. Sesungguhnya, Dialah sumber hidupmu dan yang membuat umurmu panjang, sehingga engkau dapat tinggal di tanah yang telah disumpahkan TUHAN untuk memberikannya kepada nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub.”