ULANGAN 30:17-18
ULANGAN 30:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi jika kamu tidak taat dan tidak mahu mendengar, dan membiarkan diri disesatkan untuk menyembah tuhan-tuhan lain, tentu kamu akan dibinasakan. Umur kamu tidak akan panjang di tanah di seberang Sungai Yordan, yang tidak lama lagi akan kamu duduki. Ingatlah! Aku memberikan amaran kepada kamu hari ini di tempat ini.
ULANGAN 30:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, jika hatimu berpaling dan kamu tidak mahu mendengar, bahkan kamu disesatkan sehingga kamu sujud menyembah tuhan-tuhan lain serta beribadat kepadanya, maka pada hari ini kunyatakan kepadamu bahawa kamu pasti binasa. Umurmu pun tidak akan lama di negeri yang akan kaumasuki dan kaududuki dengan menyeberangi Sungai Yordan.