1
2 Timotius 4:7
Alkitab Versi Borneo
Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman.
Bandingkan
Selidiki 2 Timotius 4:7
2
2 Timotius 4:2
Beritakanlah firman Allah, bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran
Selidiki 2 Timotius 4:2
3
2 Timotius 4:3-4
kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka. Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.
Selidiki 2 Timotius 4:3-4
4
2 Timotius 4:5
Tetapi kamu, berwaspadalah dalam segala hal, tabah menanggung kesusahan, jalankan kerja menyebarkan Injil dan laksanakan tugas yang diamanahkan kepadamu dengan sempurna.
Selidiki 2 Timotius 4:5
5
2 Timotius 4:8
Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.
Selidiki 2 Timotius 4:8
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video