Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian.