2 TIMOTIUS 4:3-4
2 TIMOTIUS 4:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Akan tiba masanya apabila orang tidak mahu mendengar ajaran yang benar. Mereka akan menuruti keinginan sendiri dan mengumpulkan banyak guru yang mahu mengajar perkara-perkara yang ingin didengar oleh mereka. Mereka akan menutup telinga terhadap apa yang benar, tetapi menumpukan perhatian kepada cerita dongeng.
2 TIMOTIUS 4:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna waktu akan datang kŭlak, marika itu tiada mahu mŭnŭrima pŭngajaran yang baik itu; mŭlainkan mŭnurot akan sagala kainginnan nafsunya, sŭrta mŭnghimponkan bŭbrapa guru guru yang ada bŭrtŭlinga gatal. Maka marika itu kŭlak akan mŭmalingkan tŭlinganya deripada yang bŭnar, dan mŭmbalikkan kapada chŭrtra chŭrtra yang bukan bukan.
2 TIMOTIUS 4:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka. Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.