Injil Mathius 2
2
FATSAL II.
1ADAPUN sŭtlah sudah Isa dipranakkan diBathliham tanah Yahuda, tŭtkala Herodis mŭnjadi raja disitu, hieran, datanglah orang orang pŭndita deri sŭblah timor kaJerusalem,
2Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kŭrna kami tŭlah mŭlihat bintangnya dinŭgri timor, maka datanglah kami handak mŭnyŭmbah akan dia.
3Hata apabila didŭngar ulih Raja Herodis akan hal itu, maka susahlah hatinya, sŭrta dŭngan sagala isi Jerusalem itu pun bŭrsama sama.
4Maka sŭtlah sudah dikampongkannya sagala Imam yang bŭsar bŭsar, dan Khatib Khatib deripada kaum itu, lalu dipreksainyalah kapada marika itu dimanakah Almasih itu akan jadi.
5Maka kata marika itu kapadanya, diBathliham tanah Yahuda, kŭrna dŭmkianlah tŭlah disuratkan ulih Nabi.
6Hie Bathliham tanah Yahuda, bukannya angkau tŭrkŭchil deri antara sagala kapala nŭgri Yahuda, kŭrna akan kluar kŭlak deri dalammu sa’orang Raja, maka iya itu akan mŭmrentahkan kaumku Israil.
7Sŭtlah itu maka dipanggil ulih Raja Herodis akan pŭndita pŭndita itu diam diam, sŭrta dipreksainya kapada marika itu baik baik, bilakah bintang itu tŭlah kŭlihatan.
8Hata maka disurohnyalah marika itu pŭrgi kaBathliham, katanya, pŭrgilah kamu chari baik baik kanak kanak itu, maka apabila kamu tŭlah mŭndapat dia, brilah tahu padaku, supaya aku pun datang mŭnyŭmbah akan dia.
9Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan pŭrkataan Raja, lalu pŭrgilah iya, hieran, adapun bintang yang dilihatnya dinŭgri timor itu, adalah tŭrdahulu bŭrjalan dihadapan marika itu, sampie datanglah bintang itu tŭrhŭnti diatas tŭmpat yang ada kanak kanak itu.
10Maka apabila dilihat ulih marika itu akan bintang itu, suka chitalah marika itu dŭngan suka chita yang amat bŭsar.
11¶ Shahadan maka apabila masoklah marika itu kadalam rumah itu, maka dilihatnya kanak kanak itu dŭngan Mŭriam ibunya, lalu sujudlah marika itu mŭnyŭmbah akan dia; sŭtlah sudah dibukakannya tŭmpat pŭrmasannya, lalu dipŭrsŭmbahkannyalah padanya akan hadiah hadiah, iya itu mas, dan kŭmnyan dan mor.
12Sŭtlah diingatkan Allah akan marika itu dalam mimpi, bahwa janganlah marika itu kŭmbali kapada Herodis lagi, maka pulanglah iya kanŭgrinya deripada sempang yang lain.
13Shahadan apabila marika itu sudah kŭmbali, hieran, datanglah sa’orang maliekat Tuhan kapada Yusof, dilihatnya dalam mimpi, katanya, bangunlah angkau, ambil kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, bawalah lari kaMasir, tinggallah angkau disana, sampie aku mŭmbri tahu akan dikau, kŭrna Herodis mŭnchari kanak kanak itu handak dibunohnya dia.
14Maka apabila bangunlah iya lalu diambilnya kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya pada malam, lalu bŭrjalanlah iya kaMasir.
15Maka tinggallah iya disana sampie kapada kutika mati Herodis, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi deri pada Tuhan, katanya, Bahwa aku tŭlah mŭmanggil anakku deri dalam nŭgri Masir.
16¶ Kalakian apabila dilihat ulih Herodis, bahwa iya tŭlah ditipu ulih pŭndita pŭndita itu, maka tŭrlalulah marahnya, sŭrta disurohkannya orang pŭrgi mŭmbunoh sagala budak budak yang ada diBathliham, dan pada skalian jajahannya itu yang ada bŭrumor dua tahun dan korang deripada itu, diturotnya spŭrti kutika yang tŭlah dipreksainya baik baik deripada pŭndita pŭndita itu.
17Maka pada tŭtkala itu gŭnaplah pŭrkara yang dikatakan ulih Nabi Jermiah;
18Katanya, Kadŭngaranlah dinŭgri Rama, satu suara ratap dan tangis, dan duka chita yang amat sangat, iya itu Rahil mŭnangiskan anaknya, tiadalah iya mahu dihiburkan sŭbab katidaan anaknya.
19¶ Adapun apabila matilah Herodis, hieran, datanglah sa’orang mŭliekat Tuhan, dilihat Yosof dalam mimpi diMasir;
20Katanya, Bangunlah angkau, ambil akan kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, bawalah pŭrgi katanah Israil, kŭrna adapun yang handak mŭmbunoh kanak kanak itu sudah mati.
21Hata bangunlah iya, sambil diambilnya kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, maka pŭrgilah iya katanah Israil.
22Tŭtapi apabila didŭngarnya Arkilaus tŭlah mŭnjadi Raja mŭnggantikan krajaan Herodis, bapanya dalam tanah Yahuda, maka takotlah iya pŭrgi kasana, maka diingatkan Allah akan dia dalam mimpi, lalu mŭnyempanglah iya kapada jajahan tanah Galilia.
23Maka datanglah iya tinggal dalam sa’buah nŭgri yang bŭrnama Nazareth, iya itu supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi nabi, bahwa Isa itulah akan bŭrgŭlar sa’orang Nazreth.
Sélection en cours:
Injil Mathius 2: KEAS
Surbrillance
Partager
Copier
Tu souhaites voir tes moments forts enregistrés sur tous tes appareils? Inscris-toi ou connecte-toi
maintained by the British and Foreign Bible Society