Mengenali Doa 'Bapa Kami'Muestra
Hari 5: Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
Sebagai manusia, sejak kejatuhan Adam dan Hawa di Taman Eden, kita bersifat mudah berdosa. Ini bermaksud kita mempunyai keinginan untuk melakukan kesalahan, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ini kerana sebagaimana dosa memasuki dunia melalui seorang manusia, kematian telah menimpa semua manusia kerana semuanya telah berdosa (Roma 5:12 & Roma 3:23).
Namun begitu, hukuman ini berubah apabila Yesus mati di atas salib untuk dosa kita. Bapa syurgawi begitu mengasihi kita sehinggakan memberikan anak tunggal-Nya, Yesus, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya akan mempunyai kehidupan yang kekal. Sekarang, apabila kita meminta ampun daripada Tuhan, Dia akan mengampuni kita kerana kita percaya kepada Yesus.
Walaupun begitu, ini tidak bermaksud hidup kita tidak berdosa. Ingat, sebagai manusia, kita bersifat mudah berdosa. Yang penting, apabila kita berdosa, kita perlu bertaubat dan tidak mengulangi dosa kita. Tuhan Maha Mulia akan mengampuni kita apabila kita bertaubat dengan ikhlas.
Sebagaimana kita mudah berdosa, begitu juga dengan orang lain. Mengampuni seseorang yang telah membuat dosa terhadap kita adalah susah dan mencabarkan. Matius 6:14-15 mengajar kita untuk mengampuni orang yang bersalah terhadap kita supaya Bapa di syurga akan mengampuni kita. Menurut petikan itu, apabila kita tidak mengampunkan kesalahan orang, Tuhan tidak akan mengampunkan kesalahan kita.
Hari ini, marilah kita meminta Tuhan untuk mengampuni kita atas kesalahan yang telah dilakukan. Kita juga harus meminta Tuhan untuk membantu kita mengampuni mereka yang telah menyakitkan hati kita.
Acerca de este Plan
Mari kita belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang terdapat dalam Matius 6:9-13. Siri ini disediakan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami supaya ibu bapa dan anak-anak boleh membuat renungan harian bersama-sama sebagai satu keluarga. Setiap renungan adalah singkat supaya kita dapat mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup kita. Hasil karya Gina Yap Lai Yoong.
More