YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 92

92
Sebuah mazmur.
Nyanyian untuk hari Sabat.
1Sungguh baik mengucap syukur kepada TUHAN
dan menyanyikan pujian untuk nama-Mu, wahai Yang Maha Tinggi,
2mengisytiharkan kasih-Mu sewaktu pagi dan kesetiaan-Mu setiap malam,
3diiringi alat muzik bertali sepuluh, gambus dan irama kecapi.
4Kerana Engkau, ya TUHAN, telah membuatku sukacita dengan ciptaan-Mu;
aku akan berbangga dengan hasil kerja tangan-Mu.
5Ya TUHAN, betapa agung hasil kerja-Mu,
fikiran-Mu sungguh dalam!
6 # Keb 13:1. Orang cetek akal tidak mengetahuinya,
dan orang bodoh tidak memahaminya,
7apabila orang zalim tumbuh seperti rumput
dan apabila semua pembuat dosa hidup mewah,
ini adalah supaya mereka dimusnahkan untuk selama-lamanya.
8Tetapi Engkau, ya TUHAN, Maha Tinggi selama-lamanya.
9Kerana sesungguhnya, musuh-Mu, ya TUHAN,
kerana sesungguhnya musuh-Mu akan binasa;
semua pembuat dosa akan kucar-kacir.
10Tetapi Engkau telah meninggikan tandukku seperti lembu liar;
aku telah diurapi dengan minyak yang baru.
11Mataku telah melihat kehendakku berlaku kepada musuhku;
telingaku telah mendengar kehendakku berlaku kepada orang zalim yang bangkit menentangku.
12Orang yang benar akan subur seperti pokok palma,
dia akan tumbuh seperti pokok araz di Lebanon;
13semua yang ditanam di rumah TUHAN,
akan subur di pekarangan Allah kita.
14Mereka akan tetap berbuah pada usia tua,
mereka akan tetap segar dan subur,
15untuk mengisytiharkan bahawa TUHAN adalah tulus;
Dia Batu Pejalku, dan Dia sentiasa benar.

Currently Selected:

Mazmur 92: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in