YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 91

91
1Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi
akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa.
2Aku akan berkata tentang TUHAN, “Dialah penaungku dan bentengku,
Allahku, akan kupercaya kepada-Nya.”
3Sesungguhnya, Dia akan melepaskan kamu daripada jerat pemikat dan wabak yang berbahaya.
4Dia akan melitupimu dengan bulu-Nya,
dan di bawah sayap-Nya kamu akan bernaung; kesetiaan-Nya akan menjadi perisai dan peneguhmu.
5Engkau tidak akan takut kepada sesuatu yang ngeri sewaktu malam,
atau anak panah yang meluru sewaktu siang,
6atau wabak yang merayap dalam kegelapan,
atau kemusnahan yang melanda pada waktu tengah hari.
7Seribu orang mungkin rebah di sisimu,
dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi maut tidak akan mendekatimu.
8Hanya dengan matamu kamu akan memandang
dan melihat balasan kepada orang zalim.
9Kerana engkau telah menjadikan TUHAN tempat engkau menetap —
Yang Maha Tinggi tempat aku bernaung —
10kejahatan tidak akan menimpamu,
dan wabak tidak akan mendekati tempat tinggalmu.
11 # Mat 4:6; Luk 4:10. Kerana Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya
menjagamu untuk memeliharamu walau di mana kamu berada.
12 # Mat 4:6; Luk 4:11. Mereka akan menatangmu,
supaya kakimu tidak tersandung batu.
13 # Luk 10:19. Engkau akan memijak singa dan ular tedung;
singa muda dan ular berbisa akan kaulanyak di bawah kaki.
14“Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya;
Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku.
15Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya;
Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.
16Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan
dan menunjukkannya penyelamatan-Ku.”

Currently Selected:

Mazmur 91: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy