YouVersion Logo
Search Icon

Markus 13

13
Tanda-tanda akhir zaman
1Ketika Yesus sedang melangkah keluar dari Bait Suci, seorang murid-Nya berkata, “Guru, lihatlah batu dan bangunan yang luar biasa di sini!”
2Yesus menjawab, “Adakah kamu melihat bangunan yang hebat-hebat ini? Tiada seketul pun batunya akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan.”
3Ketika Dia duduk di atas Bukit Zaitun setentang dengan Bait Suci, murid-Nya Petrus, Yakobus, Yohanes dan Andreas bertanya kepada-Nya secara peribadi, 4“Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tandanya semua ini akan terjadi seperti yang telah dikatakan?”
5Yesus mula berkata kepada mereka, “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! 6Ramai akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah Dia.’ Mereka akan membuat ramai orang terperdaya. 7Apabila kamu mendengar peperangan dan desas-desus peperangan, jangan gentar; kerana hal-hal begitu harus terjadi, tetapi belum sampai waktunya akhir zaman. 8Bangsa akan bangkit bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan. Gempa bumi akan berlaku di merata-rata, dan juga kebuluran. Segala ini cuma permulaan kesakitan sebelum bersalin.
9 # Mat 10:17-20; Luk 12:11,12. Berhati-hatilah tentang dirimu, kerana mereka akan mengheretmu ke hadapan majlis dan memukulmu di dalam saumaah#13:9 Saumaah: Tempat ibadat bani Israel. Juga dikenali sebagai rumah ibadat.. Kamu akan dibawa kepada pemerintah dan raja kerana-Ku, untuk memberikan kesaksian kepada mereka. 10Injil mesti disebarkan terlebih dahulu kepada semua bangsa. 11Apabila mereka menangkapmu dan menyerahkanmu kepada pihak berkuasa, janganlah khuatir apa yang akan kamu katakan. Tetapi apa yang diberitahu kepadamu pada waktu itu, tuturkanlah, kerana yang bertutur itu Roh Kudus, bukanlah kamu. 12Saudara akan berlaku khianat terhadap saudara, bapa terhadap anak, dan anak terhadap ibu bapa, lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh. 13#Mat 10:22.Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga ke akhir akan diselamatkan.”
14 # Dan 9:27; 11:31; 12:11; 1Mak 1:54; 6:7. “Apabila kamu melihat ‘kekejian yang membawa kebinasaan’ berdiri di tempat terlarang baginya (hendaklah para pembaca memperhatikan ertinya) orang yang ada di Yudea mesti lari ke pergunungan. 15#Luk 17:31.Orang yang di atas bumbung ketika itu janganlah turun atau masuk ke rumah untuk mengambil apa-apa. 16Yang di ladang usahlah pulang mengambil pakaian. 17Malanglah ibu yang mengandung dan yang menyusui anak pada masa itu! 18Berdoalah semoga hal-hal itu tidak terjadi pada musim dingin. 19#Dan 12:1; Why 7:14.Pada masa itu akan berlaku kesengsaraan yang belum pernah berlaku sejak dunia dicipta Allah hingga waktu itu dan tidak akan pernah berlaku lagi. 20Kalaulah Tuhan tidak menyingkatkan masa itu, tiada seorang pun akan selamat. Namun demikian, demi umat pilihan yang dipilih-Nya, masa itu disingkatkan-Nya.
21Pada waktu itu, jika orang berkata kepadamu, ‘Lihat, Kristus ada di sini!’ atau ‘Lihat, Dia ada di sana!’ janganlah percaya; 22kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai tanda serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan. 23Berhati-hatilah. Lihat, Aku telah memberitahumu semua ini sebelum terjadi.
24 # Yes 13:10; Yl 2:10,31; 3:15; Why 6:12. Yes 13:10; Yeh 32:7. Pada masa itu, selepas kesengsaraan, ‘Matahari akan dikelamkan, dan bulan tidak akan bersinar lagi; 25#Yes 34:4; Why 6:13. Yl 2:10.bintang-bintang di langit akan gugur, dan kuasa-kuasa di langit akan digoncang.’ 26#Dan 7:13; Why 1:7.Kemudian mereka akan melihat Anak Manusia datang dalam awan penuh dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. 27Setelah itu, Dia akan menghantar para malaikat-Nya dan menghimpunkan umat pilihan-Nya dari empat mata angin, dari hujung bumi ke hujung langit.
28Sekarang, kajilah ibarat daripada pokok ara: Apabila dahan-dahannya sudah melembut dan mula bertunas, kamu tahu musim panas hampir tiba. 29Begitulah juga kamu. Apabila kamu melihat perkara-perkara ini, ketahuilah kamu bahawa waktunya hampir tiba, sudah di ambang pintu! 30Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. 31Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.”
Hari dan masa tidak diketahui
32 # Mat 24:36. “Tetapi tentang hari atau waktunya tiada siapa yang tahu baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. 33Berhati-hatilah! Berjaga dan berdoa! Kerana kamu tidak tahu bila saatnya. 34#Luk 12:36-38.Umpama seorang yang berpergian: Dia meninggalkan rumahnya dan memberikan kekuasaan kepada hamba-hambanya, setiap orang dengan tugasnya serta memerintahkan penjaga pintu supaya berjaga-jaga. 35Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu bila tuan rumah akan pulang — pada waktu petang, atau tengah malam, ketika ayam berkokok, atau pada waktu pagi — 36takut kalau-kalau dia datang tiba-tiba dan mendapatimu sedang tidur. 37Apa yang Kukatakan kepadamu, Kukatakan kepada semua: ‘Berjagalah!’ ”

Currently Selected:

Markus 13: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in