Markus 12
12
Ibarat tentang penyewa ladang
1 # Yes 5:1,2. Setelah itu, Dia mula berkata-kata kepada mereka melalui ibarat: “Seorang peladang menanam anggur, memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang untuk tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang lalu pergi ke negeri lain. 2Apabila tiba musim memetik, peladang itu menghantar seorang hambanya untuk meminta bahagiannya daripada hasil ladang anggur itu. 3Tetapi para penyewa ladang menangkap dan memukul hamba itu lalu menyuruhnya pergi dengan tangan kosong. 4Peladang itu menghantar seorang lagi hambanya. Mereka memukulnya, menyebabkannya luka di kepala dan menyuruhnya pergi setelah diperlakukan sebegitu kejinya. 5Selepas itu, dia menghantar seorang lagi hambanya, dan mereka membunuh hamba itu. Ramai lagi dihantar, ada yang dibunuh dan ada yang dipukul. 6Oleh yang demikian, kerana dia masih ada seorang anak yang amat dikasihinya, dia menghantarnya sebagai utusan terakhir, sambil berkata dalam hatinya, ‘Mereka akan menghormati anakku.’ 7Tetapi para penyewa ladang berkata sesama sendiri, ‘Ini warisnya. Mari kita bunuh dia, supaya harta warisannya menjadi milik kita.’ 8Mereka pun menangkap dan membunuhnya lalu mencampakkannya ke luar ladang itu.”
9“Jadi, apa yang akan dilakukan oleh tuan ladang anggur itu? Dia akan datang dan membinasakan para penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada orang lain. 10#Mzm 118:22,23.Belum pernahkah kamu baca dalam Kitab Suci:
‘Batu yang dibuang oleh pembina
telah menjadi batu penjuru;
11Inilah perbuatan Tuhan,
sungguh hebat di mata kami’?”
12Mereka cuba menangkap Yesus kerana mereka tahu ibarat itu ditujukan terhadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu, mereka meninggalkan-Nya dan pergi dari situ.
Membayar cukai kepada Kaisar
13Kemudian mereka menghantar kepada-Nya beberapa orang Farisi dan golongan Herodes, untuk memerangkap-Nya melalui kata-kata-Nya. 14Orang yang dihantar itu berkata kepada-Nya, “Guru, kami tahu bahawa Engkau ikhlas. Engkau tidak takut kepada sesiapa pun kerana Engkau tidak pilih kasih, hanya mengajar cara Allah berdasarkan yang benar. Wajarkah membayar cukai kepada Kaisar atau tidak? Patutkah kami bayar, ataupun tidak?”
15Tetapi Yesus tahu bahawa mereka itu munafik lalu berkata, “Mengapa kamu menduga-Ku? Bawakan sekeping wang dinar untuk Kulihat.”
16Mereka pun membawakannya kepada Yesus dan Dia pun bertanya kepada mereka, “Gambar dan nama siapakah ini?”
“Kaisar,” jawab mereka.
17Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan milik Allah kepada Allah.” Mereka tercengang mendengar kata-kata-Nya.
Perkahwinan pada hari kebangkitan
18 # Kis 23:8. Selepas itu orang Saduki, yang mengatakan tidak ada kebangkitan, datang kepada Yesus lalu bertanya, 19#Ul 25:5.“Guru, Musa menulis untuk kami bahawa jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, saudara lelakinya patutlah berkahwin dengan balunya dan memanjangkan zuriatnya. 20Kesemuanya ada tujuh adik-beradik lelaki. Yang sulung berkahwin, kemudian meninggal dunia tanpa anak. 21Yang kedua berkahwin dengan balu saudaranya, kemudian meninggal dunia tanpa anak. Begitu juga yang ketiga. 22Ketujuh-tujuhnya mengahwini wanita itu dan meninggal dunia tanpa anak. Akhirnya wanita itu juga meninggal dunia. 23Jadi, pada hari kebangkitan ketika mereka bangkit daripada kematian, isteri siapakah wanita itu? Ketujuh-tujuhnya pernah mengahwininya.”
24Yesus menjawab, “Tidakkah kamu tersilap, kerana kamu tidak memahami baik Kitab Suci mahupun kuasa Allah? 25Apabila mereka bangkit daripada kematian, mereka tidak berkahwin atau dikahwinkan; mereka seperti malaikat di syurga. 26#Kel 3:6.Tetapi tentang kebangkitan orang mati, tidakkah kamu baca dalam kitab Musa, bahagian tentang belukar yang bernyala, betapa Allah berfirman kepadanya, ‘Akulah Allah Abraham, Ishak dan Yakub.’ 27Dia bukanlah Allah orang mati tetapi Allah orang hidup. Oleh itu, kamu tersilap sama sekali!”
Perintah yang terutama
28Seorang ahli Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia menyedari bahawa Yesus telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, “Perintah manakah yang terutama?”
29 # Ul 6:4,5. Yesus menjawab, “Yang terutama antara semua perintah ialah: ‘Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. 30Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu.’ Inilah perintah yang terutama. 31#Im 19:18.Perintah yang kedua ialah: ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini.”
32 # Ul 4:35. Ahli Taurat itu berkata kepada Yesus, “Sungguh baik jawapan Guru. Kata-kata Engkau itu benar, kerana Allah itu esa, tiada yang lain daripada-Nya. 33#Hos 6:6.Mengasihi-Nya dengan sepenuh hati, dengan sepenuh fikiran, dengan sepenuh jiwa, dan dengan sepenuh kekuatan, serta mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri, adalah lebih utama daripada segala korban persembahan dan korban bakaran.”
34 # Luk 10:25-28. Yesus menyedari bahawa jawapan itu bijaksana, lalu berkata kepadanya, “Kamu tidak jauh daripada kerajaan Allah.”
Selepas itu, tiada siapa yang berani menyoal-Nya apa-apa lagi.
Hubungan antara Yesus dengan Daud
35Kemudian, ketika mengajar di Bait Suci, Yesus berkata, “Bagaimanakah ahli-ahli Taurat dapat mengatakan bahawa Kristus itu anak Daud? 36#Mzm 110:1.Kerana Daud sendiri berkata dengan panduan Roh Kudus:
‘Tuhan berfirman kepada Tuanku:
Duduklah di kanan-Ku
sehingga Kujadikan segala musuh-Mu alas kaki-Mu.’ ”
37“Jadi, Daud sendiri memanggil-Nya ‘Tuan.’ Bagaimana mungkin Dia anaknya?”
Orang ramai mendengar kata-kata Yesus dengan sukacita.
38Dia mengajar mereka lagi, “Awas ahli-ahli Taurat, yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, 39suka duduk di kerusi khas di saumaah#12:39 Saumaah: Tempat ibadat bani Israel. Juga dikenali sebagai rumah ibadat. dan tempat terhormat di majlis jamuan. 40Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat.”
Persembahan seorang balu
41Yesus duduk berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar. 42Kemudian seorang balu yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya. 43Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan; 44kerana mereka memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah, tetapi dia daripada kemiskinannya telah memasukkan semua yang ada padanya, seluruh rezekinya.”
Currently Selected:
Markus 12: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited