YouVersion Logo
Search Icon

Ibrani 5

5
1Setiap imam besar daripada kalangan manusia dilantik untuk mewakili manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan Allah, supaya dia dapat memberikan persembahan dan korban untuk menghapuskan dosa. 2Dia dapat merasakan belas kasih kepada mereka yang jahil dan sesat, kerana dia sendiri menghadapi kelemahan diri. 3#Im 9:7.Oleh itu, dia dikehendaki membuat persembahan bukan sahaja untuk menghapuskan dosa orang lain tetapi juga dosanya sendiri. 4#Kel 28:1.Tiada sesiapa pun mengambil kehormatan ini untuk dirinya, kecuali yang dipanggil oleh Allah, seperti Harun.
5 # Mzm 2:7. Demikian jugalah Kristus, Dia tidak memuliakan diri-Nya untuk menjadi Imam Besar, tetapi Allah telah berfirman kepada-Nya:
“Engkau Anak-Ku,
pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.”
6 # Mzm 110:4. Allah berfirman juga di suatu tempat lagi:
“Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya
menurut peraturan Melkisedek.”
7 # Mat 26:36-46; Mrk 14:32-42; Luk 22:39-46. Ketika Yesus hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kesalihan-Nya. 8Sungguhpun Dia Anak, namun Dia belajar taat melalui segala penderitaan-Nya. 9Setelah Dia dijadikan sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua yang mematuhi-Nya. 10Dia dipanggil Allah menjadi Imam Besar menurut peraturan Melkisedek.
Amaran supaya jangan menjadi murtad
11Tentang ini kami ada banyak untuk dikatakan, namun sukar hendak diterangkan, kerana pendengaranmu sudah tumpul. 12#1Kor 3:2.Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal. 13Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang perbenaran,#5:13 Terjemahan lain: Kebenaran. Perkataan, ‘perbenaran’ dalam bahasa asal, ‘dikaiosunē,’ sukar ditafsirkan tetapi pada amnya merujuk kepada hidup yang benar, adil dan hidup selaras dengan kehendak Allah. kerana dia masih bayi. 14Makanan pepejal adalah untuk orang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah membiasakan akal mereka membezakan baik dengan buruk.

Currently Selected:

Ibrani 5: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy