YouVersion Logo
Search Icon

Ibrani 4

4
Hari peristirahatan yang disediakan Allah
1Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak. 2Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka; tetapi firman yang didengar mereka tidak menguntungkan mereka kerana tidak berpadu dengan iman. 3#Mzm 95:11.Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam peristirahatan itu, sebagaimana firman-Nya:
“Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku,
‘mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku,’ ”
walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan. 4#Kej 2:2.Allah telah berfirman demikian di suatu tempat tentang hari ketujuh: “Dan Allah beristirahat#4:4 Juga bererti: Berhenti atau selesai pekerjaan. pada hari ketujuh daripada segala pekerjaan-Nya.” 5#Mzm 95:11.Kemudian di sini pula: “Mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku.” 6Memandangkan sebilangan manusia pasti masuk ke dalam peristirahatan itu, dan mereka yang terlebih dahulu mendengar perkhabaran Injil tidak masuk disebabkan mereka ingkar, 7#Mzm 95:7,8.maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, “Hari ini,” setelah sekian lama, iaitu:
“Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,
jangan keraskan hatimu.”
8 # Ul 31:7; Yos 22:4. Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain. 9Oleh itu, masih ada peristirahatan Sabat untuk umat Allah. 10#Kej 2:2.Orang yang telah masuk ke dalam peristirahatan-Nya juga telah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimana Allah telah berhenti daripada pekerjaan-Nya. 11Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.
12Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati. 13#Keb 1:6.Tidak ada makhluk yang terlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanya terdedah dan terbuka kepada mata Allah; kepada-Nya nanti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuan kita.
Yesus Imam Besar
14Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita. 15Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa. 16Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.

Currently Selected:

Ibrani 4: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy