MAZMUR 133
133
Persaudaraan Umat Allah
1Lagu ziarah oleh Daud.
Alangkah baiknya dan indahnya
apabila umat Allah hidup dengan rukun!
2Hal itu seperti minyak yang berharga
yang dituangkan ke atas kepala Harun,
lalu mengalir ke janggut dan leher jubahnya.
3Hal itu seperti embun di atas Gunung Hermon,
yang turun ke bukit-bukit Sion.
Di sanalah, di Sion, TUHAN menurunkan berkat-Nya,
iaitu kehidupan yang tidak berkesudahan.
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.