AMSAL 15

15
1Jawapan yang lembut meredakan kemarahan, sedangkan kata-kata yang pedas membangkitkan amarah.
2Kata-kata orang bijak membuat pengetahuan menarik hati, tetapi kata-kata orang bodoh hanya kebodohan.
3TUHAN nampak apa yang berlaku di segala tempat; Dia memperhatikan kita, sama ada kita berbuat baik atau jahat.
4Kata-kata yang baik membangkitkan semangat, tetapi kata-kata yang kesat mematahkan semangat.
5Orang yang bodoh mengabaikan ajaran bapa; tetapi orang yang bijak menerima tegur ajar.
6Kekayaan orang baik kekal, tetapi kekayaan orang jahat hilang pada masa kesusahan.
7Pengetahuan disebarluaskan oleh orang bijak, bukan oleh orang bodoh.
8TUHAN berkenan apabila orang baik berdoa, tetapi Dia membenci korban yang dipersembahkan oleh orang jahat.
9TUHAN membenci cara hidup orang derhaka, tetapi Dia mengasihi orang yang berusaha untuk melakukan kehendak-Nya.
10Orang yang berbuat jahat akan dihukum dengan berat; orang yang tidak mahu menerima tegur ajar akan mati.
11Jika TUHAN mengetahui segala sesuatu tentang dunia orang mati, pasti Dia juga mengetahui fikiran manusia.
12Orang yang sombong tidak suka ditegur ajar; dia tidak pernah meminta nasihat daripada orang yang lebih bijak.
13Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri; hati yang sedih mematahkan semangat.
14Orang yang bijak suka belajar, tetapi orang yang bodoh puas dengan kebodohan.
15Kehidupan orang miskin sentiasa susah, tetapi orang yang bersukacita sentiasa menikmati hidup.
16Lebih baik miskin dan takut kepada TUHAN, daripada kaya dan cemas.
17Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih sayang, daripada makan daging lazat tetapi disertai kebencian.
18Orang yang cepat marah menimbulkan pertengkaran, tetapi orang yang sabar mendatangkan perdamaian.
19Orang malas akan selalu mengalami kesusahan, tetapi orang jujur tidak menemui kesukaran.
20Anak yang bijak menyukakan hati bapanya; anak yang bodoh menghina ibunya.
21Orang bodoh puas dengan kebodohan, tetapi orang bijak melakukan apa yang betul.
22Rancangan berjaya jika disertai banyak nasihat; rancangan gagal jika tidak disertai pertimbangan.
23Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya mendatangkan kegembiraan.
24Orang bijak mengambil jalan mendaki yang menuju kehidupan, bukan jalan menurun yang menuju maut.
25TUHAN akan merobohkan rumah orang sombong, tetapi tanah milik seorang balu dilindungi-Nya.
26TUHAN membenci fikiran yang keji, tetapi berkenan kepada kata-kata yang baik.
27Orang yang mencari keuntungan dengan cara haram, menghancurkan keluarga mereka. Orang yang tidak makan suap akan berumur panjang.
28Orang baik berfikir dahulu sebelum menjawab. Orang jahat menjawab tanpa berfikir sehingga mendatangkan kesusahan.
29TUHAN mendengarkan doa orang baik, tetapi Dia tidak mengendahkan orang jahat.
30Wajah gembira meriangkan hati, berita baik menyenangkan hati.
31Orang yang mengendahkan tegur ajar, tergolong orang bijak.
32Orang yang tidak mahu belajar, tidak menghargai diri mereka. Orang yang menerima tegur ajar, menjadi lebih bijak.
33Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.

目前选定:

AMSAL 15: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录